ⓘ Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis, merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan sepert ..

                                     

ⓘ Pertanian jitu

Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis, merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Dengan kata lain istilah pertanian tepat adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul.

Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi/tanah, pembajaan/makanan haiwan, imunisasi/racun perosak, sistem hasil dan sebagainya demi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sekali gus memberikan pulangan yang lumayan.

Pertanian tepat memerlukan teknologi baru seperti GPS, alat pengesan, satelit dan sistem teknologi maklumat yang dapat membantu petani memahami dan menilai keadaan seperti:

  • masa yang baik untuk menanam benih
  • meramal jumlah tuaian hasil tanaman secara tepat.
  • jumlah baja yang betul
                                     

1. Penggunaan pertanian tepat di Malaysia

Di Malaysia, penggunaan teknologi untuk pertanian tepat masih baru. Walaupun masih baru, usaha untuk ke arah pertanian tepat sedang dimajukan melalui agensi kerajaan seperti Mimos Berhad melalui sensor tanpa wayar MEMS. Sensor ini boleh membantu petani mengukur kadar kelembapan, kehangatan, tahap keasidan atau kealkalian dan takat suhu tanah. Ia juga boleh juga memberitahu tahap kesuburan tanah termasuklah mengukur kadar nitrat, fosfat dan kalium di dalam tanah itu.

                                     
  • dari penembak jitu Jerman. Saling melepaskan tembakan, William melukai penembak jitu dan maju ke sarangnya di mana dia dan penembak jitu saling menembak
  • menengah teknikal di Ulm, dan kemudian mengambil pekerjaan sebagai mekanik jitu Selepas tamat sekolah dan pendidikan praktikal, Bosch menghabiskan tujuh
  • beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani
  • untuk memastikan sudut dan skala pengukur yang dihasilkan adalah tepat serta jitu pergerakkannya. Setiap maklumat yang ada di dalam alat tersebut mempunyai
  • mencapai tahap kejituan yang setanding dengan piawaian penjagaan waktu masa kini. Fenjān ini merupakan peranti waktu yang paling jitu dan laris untuk
  • kawasan sekitarnya. Keputusan sidang kerajaan membuka Desa Sama Rendah memang jitu Semenjak itu, keamanan di sepanjang pantai dan jalur Mahakam menjadi sesuai
  • takrifannya, frasa spesies ceroboh sering kali dikritik sebagai istilah tidak jitu dalam bidang ekologi. Rencana ini berkenaan dua takrifan yang awal untuk
  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan
  • bawah Chilperich II dan Wali Kota Raganfrid dengan menggunakan siasat yang jitu dan tak biasa. Karl menghantam ketika pasukan Neustria sedang berbaris pulang
  • astronomi awal telah mula mempersoalkan model tersebut. Ia sering tidak jitu dan terlalu rumit kerana ahli astronomi cuba menerangkan secara matematik
  • hampir seluruh garis ufuk, lembu mungkin tidak memerlukan maklumat lokus yang jitu daripada sistem pendengaran untuk menghalakan penglihatan ke arah punca bunyi
  • kawasan akuifer juga diperlukan untuk menghasilkan ramalan banjir yang paling jitu Anggaran Radar bagi hujan dan teknik ramalan cuaca umum juga merupakan komponen
  • di Palenque dan patung di Copan amat halus, menunjukkan kelembutan dan kejituan pemantauan bentuk tubuh manusia yang mengigatkan pakar kaji purba kepada