ⓘ Peristiwa kepupusan Ordovisia–Silur. Peristiwa kepupusan Ordovisia-Silur merupakan peristiwa kepupusan terbesar kedua dalam sejarah Bumi berdasarkan peratusan g ..

                                     

ⓘ Peristiwa kepupusan Ordovisia–Silur

Peristiwa kepupusan Ordovisia-Silur merupakan peristiwa kepupusan terbesar kedua dalam sejarah Bumi berdasarkan peratusan genera yang pupus. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap spesies-spesies laut dan mengakibatkan kepupusan sepertiga famili brachiopoda dan bryozoa serta sejumlah kumpulan conodont, trilobita dan graptolita. Peristiwa kepupusan Ordovisium-Silur berlangsung pada masa Hirnantia pada tempoh Ordovisium dan pada masa Rhuddania pada tempoh Silur. Peristiwa terakhir berlangsung pada jangka waktu 455-430 juta tahun yang lalu, atau dalam kata lain berlangsung dari tempoh Ordovisia Pertengahan hingga Silur Awal. Peristiwa ini ialah peristiwa kepupusan pertama pada zaman Fanerozoik dan juga peristiwa pertama yang mempengaruhi spesies haiwan.

Hampir semua kumpulan taksonomi dipengaruhi oleh peristiwa kepupusan ini. Kepupusan ini bersifat global dan dianggarkan 49-60% genera laut dan hampir 85% spesies laut pupus.

Brachiopoda, bivalvia, echinodermata, bryozoa dan koral sangat dipengaruhi oleh peristiwa ini. Suhu Bumi relatif hangat sebelum pendinginan pada zaman Ordovisia akhir. Pendinginan ini diduga disebabkan oleh proses glasiasi. Bukti berlakunya glasiasi dapat ditemui di endapan-endapan di Gurun Sahara. Sementara itu, penurunan permukaan air laut yang juga dipicu oleh glasiasi mengganggu atau menghancurkan habitat di landas benua. Oleh itu, gabungan antara penurunan permukaan air laut dan pendinginan yang disebabkan oleh glasiasi diduga merupakan faktor utama yang menyebabkan peristiwa ini.