ⓘ Pandemik COVID-19 di Amerika Selatan. Pandemik COVID-19 pertama kali disahkan di Amerika Selatan pada 26 Februari 2020 di São Paulo dan setelah sebulan, telah m ..

                                     

ⓘ Pandemik COVID-19 di Amerika Selatan

Pandemik COVID-19 pertama kali disahkan di Amerika Selatan pada 26 Februari 2020 di São Paulo dan setelah sebulan, telah menyebar ke seluruh wilayah dan negara di Amerika Selatan. Pada 22 Mei, Michael J. Ryan, pengarah eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa epipusat dari peningkatan penyakit COVID-19 berpindah dari China ke Amerika Selatan bila melihat peningkatan yang pesat kes yang terjadi disana, terutama di Brazil.

Jumlah kes di wilayah ini mencapai 636.000 orang dengan lebih dari 31.000 kematian. Negara Brazil mencatat setengah dari kes merupakan berasal dari negaranya yang berjumlah 363.000 kes pada 25 Mei 2020. Para penyelidik percaya jumlah ini lebih kecil daripada kes sebenarnya yang juga disebabkan kerana Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak melakukan langkah agresif untuk menghentikan penyebaran.

Pada 6 Mac 2021, Amerika Selatan telah mencatat 18.434.928 kes dengan 477.985 kematian.