ⓘ Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research, Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun. Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa ..

                                     

ⓘ Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research (Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun)

Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun adalah sebuah institusi penyelidikan dan pascasiswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia.

ISLAH telah diubah daripada nama sebelumnya iaitu Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa ISTAC untuk jangka masa yang sangat singkat dalam masa kurang dari 6 bulan sejak penubuhannya pada tahun 2015. Pertukaran nama kepada ISLAH merupakan langkah politik beberapa bekas pensyarah bagi menyelamatkan ISTAC ekoran perintah untuk dipindahkan dan penyusunan semula. Namun, penubuhannya tidak kekal lama dan semua kursus yang berpusat di ISLAH telah digabungkan dengan kursus IRKHS. Seterusnya para profesor dan pelajarnya telah berpindah ke kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak.

Kawasan yang pernah berdirinya suar di puncak bukit telah diuruskan ketika itu oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Lanjutan Strategik CRESCENT sehingga 2017 dan pemilikannya telah bertukar kepada Institut Peradaban Islam Antarabangsa dan Dunia Melayu Dunia Melayu kemudiannya diminta untuk mengekalkan nama lama ISTAC oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Zahid Hamidi.

                                     

1. Lihat juga

  • Islamisasi ilmu pengetahuan
  • Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas

3.166451°N 101.674191°E  / 3.166451; 101.674191 3.166451°N 101.674191°E  / 3.166451; 101.674191