ⓘ Sabarlah Duhai Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Mohd Fazli Yahya yang diadaptasikan dari novel karya Mimie Afinie, di bintangi oleh ..

                                     

ⓘ Sabarlah Duhai Hati

Sabarlah Duhai Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Mohd Fazli Yahya yang diadaptasikan dari novel karya Mimie Afinie, di bintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Iman Suhana, Izzue Islam, dan Puteri Sarah Liyana. Siri ini memulakan tayangan di TV3 28 April 2021 mengantikan Tak Sempurna Mencintaimu

Episod drama ini akan terus bersiaran sehingga 28 April 2022.

                                     

1. Sinopis

Hidup Fira Amyra Rosli berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish Aiman Badrul ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan Saharul Ridzwan.

Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan Isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia Iman Suhana. Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan Fadilah Mansor. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.

Tambahan.

Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan. Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.

                                     

2. Pelakon

Watak Utama

  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Amyra Rosli sebagai Fira
  • Iman Suhana sebagai Nadia
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
  • Fadilah Mansor sebagai Hajah Suhaily Opah
  • Saharul Ridzwan sebagai Affan

Watak Pembantu

  • Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
  • Emelda Rosmila sebagai Shima
  • Marisa Yasmin sebagai Zalina
  • Elya Miera sebagai Suraya
  • Azhar Amir sebagai Hafiz
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
  • Haleeda Mazlin sebagai Laila
  • Kodi Rasheed sebagai Rizal
  • Azri Iskandar sebagai Hamidi
  • Pablo Amirul sebagai Johan