ⓘ Tangaroa ialah dewa segala jasad air termasuk laut, tasik dan sungai serta haiwan yang mendiami jasad-jasad ini dalam kepercayaan seberapa masyarakat Polinesia. ..

                                     

ⓘ Tangaroa

Tangaroa ialah dewa segala jasad air termasuk laut, tasik dan sungai serta haiwan yang mendiami jasad-jasad ini dalam kepercayaan seberapa masyarakat Polinesia.

                                     

1.1. Penceritaan Dalam kalangan orang Māori

Tangaroa atau Takaroa di Pulau Selatan dalam kalangan orang Māori merupakan salah seorang dewa peranakan pasangan dewa langit Ranginui dan dewi bumi Papatūānuku. Dia turut serta dalam memisahkan kedua-dua pasangan ini untuk menyelamatkan diri dan adik-beradik lain Rongo, Tū, Haumia dan Tāne; namun dia diserang Tāwhirimātea, dewa ribut yang mengamuk lalu memaksanya berlindung di air.

Dia ada seorang anak iaitu Punga, leluhur segala ikan yu; Punga pula bapa kepada Ikatere leluhur segala ikan dan Tū-te-wehiwehi leluhur segala cicak. Amukan Tāwhirimātea memisahkan ikan-ikan yang berlindung di laut dan cicak biawak di hutan. Hal ini menyebabkan Tangaroa berdendam dengan Tāne: hasil bumi Tāne seperti kayu dimanfaatkan manusia untuk membuat rumah dan perahu, namun Tangaroa dipercayai akan membalas dengan membalikkan perahu ataupun mendatangkan bencana banjir besar. Maka, orang Māori percaya mereka harus mempersembahkan barangan tertentu untuk menenangkan Tangaroa sebelum melakukan sebarang kegiatan meneroka.

                                     

1.2. Penceritaan Dalam kalangan orang Hawaii

Orang Hawaii mengenali Tangaroa dengan sebutan turunan Kanaloa ; kefahaman mengenai dewa ini dari segi kepercayaan ada beza di mana dia dianggap sama ada setaraf mahupun lebih rendah dari Kane. Dewa ini dikaitkan dengan pulau Kahoolawe yang dianggap salah satu jelmaannya.