ⓘ Percy Bysshe Shelley BISH ; 4 Ogos 1792 – 8 Julai 1822 ialah seorang penulis dan penyajak dari England berkecimpung dalam pergerakan Romantisisme. Shelley tidak ..

                                     

ⓘ Percy Bysshe Shelley

Percy Bysshe Shelley BISH ; 4 Ogos 1792 – 8 Julai 1822) ialah seorang penulis dan penyajak dari England berkecimpung dalam pergerakan Romantisisme.

Shelley tidak begitu terkenal sepanang hayatnya, namun penelitian lanjut karya-karya beliau selepas kematiannya mengesan dalam sehingga mempengaruhi banyak penyajak dari generasi-generasi selepasnya termasuk Robert Browning, Algernon Swinburne, Thomas Hardy dan William Butler Yeats. Penulisan beliau turut memberi ilham dalam bidang politik terutamanya dalam kalangan pemikir radikal sehingga menarik perhatian orang seumpama Karl Marx, Mahatma Gandhi, and George Bernard Shaw.

Beliau suami kepada Mary Shelley, penulis mempelopori konsep cereka berasaskan penemuan sains melalui karya Frankenstein tahun 1823.

                                     

1.1. Biografi Awal hidup dan pendidikan

Shelley lahir pada 4 Ogos 1792 di Field Place, Broadbridge Heath, berdekatan Horsham di Sussex Barat, England. Beliau anak sulung dari enam adik beradik - seorang adik lelaki dan 4 adik perempuan - kepada Sir Timothy Shelley, Ahli Parlimen mewakili Horsham 1790-1792 dan Shoreham 1806-1812 dari Parti Whig dan Elizabeth Pilfold 1763–1846, anak seorang penjual daging laris. Beliau amat rapat dengan adik-adik dan emaknya yang mengalakkannya mengembara mengenal dunia sekelilingnya.

Beliau memasuki sekolah diuruskan paderi Warnham usia enam tahun tidak sahaja menunjukkan kehandalan daya ingatannya malah minat terhadap bahasa. Pada 1802, beliau memasuki sekolah seorang sepupunya Syon House Brentford, Middlesex; beliau sering dibuli sehinggakan terpaksa berlaku ganas untuk mempertahankan dirinya, malah keadaan ini menjejaskan beliau sehingga sering menggigau dan berhalusinasi dalam tidurnya.

Beliau menulis karya-karya pertamanya bertajuk Original Poetry by Victor and Cazire bersama seorang adiknya Elizabeth dan el St. Irvine; or, The Rosicrucian: A Romance pada Oktober 1801, tidak lama sebelum beliau melanjutkan pelajaran di University College, Oxford.

                                     

1.2. Biografi Akhir usia

Pada 1 Julai 1822, Shelley dan Edward Williams berlayar dalam kapal Don Juan ke Livorno untuk bertemu Leigh Hunt dan Byron dalam perancangan menghasilkan jurnal penulisan baharu mereka, The Liberal. Seminggu kemudian, Shelley, Williams dan pemandu kapal mereka ke Lerici, namun mereka terperangkap dalam suatu ribut. sehingga bangkai kapal itu tenggelam. Mayat Shelley ditemui dalam keadaan mereput teruk terdampar di Viareggio sepuluh hari kemudian ditemui dan dikenal pasti Trelawny melalui beberapa peninggalannya.

Mayatnya dibakar pada 16 Ogos di pantai bandar tersebut, abu tinggalan beliau disemadukan di Tanah Perkuburan Protestan Rom. Jantung beliau tidak terjejas dari pembakaran tersebut barangkali kerana mengeras berikutan suatu jangkitan batuk kering dialaminya, Trelawny memberikan jantung ini kepada Hunt yang menyimpan ia dalam larutan alkohol yang beberapa lama kemudiannya diserahkan kepada Mary; jantung ini kahirnya dikebumikan sama ada di St Peters Church, Bournemouth atau di Christchurch Priory.

                                     

2. Rujukan

Sumber utama
  • Holmes, Richard 1975. Shelley: The Pursuit. E.P. Dutton.
  • Bieri, James 2008. Percy Bysshe Shelley: A Biography. "Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-8861-1.
                                     

3. Pautan luar

  • Selected Poems of Shelley
  • Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Percy Bysshe Shelley
  • Karya oleh Percy Bysshe Shelley di LibriVox buku audio domain awam
  • Karya oleh atau tentang Percy Bysshe Shelley di Internet Archive
  • Percy Bysshe Shelley: Profile and Poems at Poets.org
  • Percy Bysshe Shelley by John Addington Symonds, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg
  • Percy Bysshe Shelley Resources