ⓘ Phoenix Bangkit Dari Abu ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada Disember 2001 sebagai ..

                                     

ⓘ Phoenix Bangkit Dari Abu

"Phoenix Bangkit Dari Abu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada Disember 2001 sebagai single ketiganya untuk album keenamnya, Phoenix Bangkit.

                                     

1. Komposisi

"Phoenix Bangkit Dari Abu" ialah sebuah lagu berentak tradisional dengan irama nusantara yang berdurasi selama 5 minit dan 24 saat, dicipita dan ditulis oleh M. Nasir sendiri. Lirik lagu ini berkisarkan tentang burung mitos Asia, burung Phoenix yang mempunyai jangka hayat panjang, bangkit dari abunya selepas kematiannya.

                                     

2. Tenaga kerja

Diperoleh daripada catatan media album Phoenix Bangkit.

  • Usop - vokal latar
  • Firdaus - keyboard
  • M. Nasir - vokal, penerbit
  • Tam Spider - vokal latar
  • Eija Anugerah - vokal latar
  • Nasser Abu Kassim - penerbit eksekutif
  • Nan - gitar
  • Yan - bes