ⓘ Juwita., Citra Terindah. Juwita. ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 28 Mac 2006 s ..

                                     

ⓘ Juwita. (Citra Terindah)

"Juwita. ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 28 Mac 2006 sebagai single pertamanya untuk album ketujuhnya, Sang Pencinta. Sebuah muzik video telah difilemkan untuk mempromosikan single ini, dibintangi oleh Rozita Che Wan sebagai Juwita.

                                     

1. Muzik video

Muzik video rasmi untuk "Juwita. Citra Terindah" telah diterbikan bagi mempromosikan lagu ini, ia diarahkan oleh Nizam Rahmat yang turut mereka bentuk kulit album Sang Pencinta dan terbitan AD Verse. Pelakon Rozita Che Wan dipilih memegang watak sebagai Juwita selepas pasukan penerbitan muzik video "Juwita" melihat gambarnya di majalah URTV. Sebelum memilih Rozita, pasukan penerbitan telah menyenaraikan 40 wanita untuk membintangi muzik video "Juwita". Penggambaran muzik video dijalankan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur termasuk Bukit Bintang.

                                     

2. Tenaga kerja

Diperoleh daripada catatan media album Sang Pencinta.

  • Zairie - juruadun
  • Nan - gitar elektrik, gitar akustik
  • Jay - bes
  • Irwandi - vokal latar
  • Arab - penerbit eksekutif
  • Zul Mahat - keyboard
  • M. Nasir - vokal, penerbit
  • Aiez Quest - vokal latar
  • Yazit Ahmad - dram
  • Fadzli Fauzy - jururakam