ⓘ Serangan sekolah Kazan. Pada 11 Mei 2021, sebuah serangan berlaku di Gimnasium no. 175 di Kazan, Tatarstan, Rusia. Sembilan orang meninggal dunia selepas serang ..

                                     

ⓘ Serangan sekolah Kazan

Pada 11 Mei 2021, sebuah serangan berlaku di Gimnasium no. 175 di Kazan, Tatarstan, Rusia. Sembilan orang meninggal dunia selepas serangan tersebut, manakala sekurang-kurangnya 21 orang yang lain tercedera.

                                     

1. Orang yang disyaki

Seorang yang disyaki berusia 19 tahun yang lulus daripada sekolah tersebut empat tahun lalu telah ditahan. Senjata api Hatsan Escort PS digunakan oleh orang 19 tahun itu telah didaftar secara rasmi dua minggu yang lalu.

Satu lagi orang bersenjata api yang disyaki dilaporkan terbunuh di bilik darjah di tingkat empat, namun laporan ini tidak disahkan oleh presiden Tatarstan.