ⓘ Rabab adalah alat muzik bertali tradisional khas Minangkabau di Sumatera Barat yang terbuat dari tempurung kelapa. Ia merupakan turunan alat sedia ada iaitu reb ..

                                     

ⓘ Rabab

Rabab adalah alat muzik bertali tradisional khas Minangkabau di Sumatera Barat yang terbuat dari tempurung kelapa. Ia merupakan turunan alat sedia ada iaitu rebab diterapkan unsur-unsur baharu: bentuk alat ini menyerupai bentuk biola namun sebaliknya masih dimainkan sama seperti rebab Melayu dengan busur gesek yang rupa sama serta secara duduk bersila.

Alat ini berperanan khusus dalam suatu seni persembahan khas di mana pemain rabab memainkan rababnya dipadukan dengan suara pemain sendiri membawakan kisah dari berbagai cerita nagari atau dikenal dengan istilah kaba.

                                     

1. Sejarah

Peristilahan

Alat muzik tersebut banyak ditemui di beberapa daerah di Indonesia dengan beberapa nama berbeza:

  • di Sulawesi Selatan: gesok-gesok.
  • di Sumatera Barat: rabab
  • di pulau Jawa: rebab
  • di Aceh: hereubab

Perkembangan

Alat muzik gesek ini diperkirakan berasal dari alat-alat muzik yang lazim dalam kalangan orang-orang Parsi dan Arab yang dibawa ke kepulauan Nusantara melalui para pedagang Arab ketika itu yang menjadikan ia sarana menyebarkan ajaran Islam; para pedagang ini lazim singgah di Aceh dan dari sanalah alat ini dibawa ke Tanah Tinggi Minangkabau

Pada awalnya, alat muzik rabab berbentuk mirip alatan yang sama keluarga dan bunyi sepertimana rebab-rebab Arab dan Melayu lainnya. Akan tetapi, kedatangan bangsa-bangsa Eropah termasuk Belanda, Inggeris, dan Portugis ke rantau kepulauan ini dengan alat biola mendorong kepada pembentukan alat yang berupa agak sama.

                                     

2. Pertunjukan

Dalam rabab memiliki komposisi tersendiri tergantung kepada lagu yang diinginkan dengan memainkan lagu yang bersifat kaba sebagai materi pokok atau melantunkan lagu tentang suatu kisah. Lagu yang lahir tesebut merupakan ide gagasan yang berasal dari masyarakat yang berbeza namun ada dalam daerah yang sama. Muzik tradisional rabab pasisia biasanya dipertunjukan pada konteks upacara yang ada hubungannya dengan adat istiadat masyarakat pemiliknya, misalnya pada waktu majlis perkahwinan, turun mandi, dan upacara alek nagari.

                                     

3. Jenis persembahan

Muzik seni rabab atau barabab merupakan seni tradisi yang mula diwujudkan dalam kalangan kaum nelayan sebelum tersebar di beberapa daerah yang mengembangkan jenis dan ciri tertentu digemari masyarakat penduduk setempat.

                                     

3.1. Jenis persembahan Rabab darek

Seni muzik ini berkembang di daerah darek Minangkabau meliputi luhak nan tigo.

                                     

3.2. Jenis persembahan Rabab piaman

rabab piaman berkembang di daerah pesisir barat Minangkabau, yang meliputi daerah tepian pantai pesisir atau juga di sebut dengan rabab pasisia.