ⓘ Konsert Canggung M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Diadakan pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, kon ..

                                     

ⓘ Konsert Canggung M. Nasir

Konsert Canggung M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Diadakan pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, konsert ini diadakan bagi mempromosikan album keempat beliau, Canggung Mendonan yang dikeluarkan pada 1993. Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk lagu dari album Canggung Mendonan serta lagu dari album-albumnya yang lain.

                                     

1. Konsert

Konsert Canggung M. Nasir diadakan bagi mempromosikan album keempat M. Nasir, Canggung Mendonan yang dikeluarkan pada Disember 1993. Bagi mempromosikan konsert ini, M. Nasir mengadakan sesi bertemu peminat yang diadakan di Ruang Legar Sungei Wang Plaza pada 17 Jun 1994. Konsep yang diketengahkan dalam konsert ini ialah teatrikal sebagai permulaan dan perjuangannya dalam industri muzik. Menjelang konsert, beliau memulakan latihan sebagai persediaan awal.

Konsert ini berlangsung pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara. Tirai konsert dimulakan pada jam 9:15 malam dengan sedikit sketsa daripada Loloq selama hampir 10 minit, yang disifatkan sebagai mukadimah. Lagu pertama yang dipersembahkan di awal konsert ialah "Rajawali Terbang Tinggi" dan diakhiri dengan "Tudung Periuk" di penghujung konsert.

                                     

2. Senarai lagu

  • "Sentuhan Listrikmu"
  • "Lara"
  • "Mentera Semerah Padi"
  • "Inang Pulau Kencana"
  • "Aduhai Kasih Aduhai"
  • "Secangkir Kopi Semanis Puan"
  • "Bonda"
  • "Bukalah Hatimu"
  • "Anak-anak Kita"
  • "Tudung Periuk"
  • "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  • "Perang Yang Satu Lagi"
  • "Keroncong Nostradamus"
  • "Wadi"
  • "Ada"
  • "Rajawali Terbang Tinggi"