ⓘ Jantung Borneo ialah perjanjian pelestarian cetusan Tabung Hidupan Liar Sedunia untuk melindungi wilayah hutan Borneo seluas 220.000 km². Perjanjian ini ditanda ..

                                     

ⓘ Jantung Borneo

Jantung Borneo ialah perjanjian pelestarian cetusan Tabung Hidupan Liar Sedunia untuk melindungi wilayah hutan Borneo seluas 220.000 km². Perjanjian ini ditandatangani oleh Brunei, Indonesia, dan Malaysia di Bali pada 12 Februari 2007 untuk menyokong inisiatif ini. Wilayah ini merupakan habitat bagi 10 spesies endemik primat, lebih dari 350 spesies burung, 150 spesies reptilia dan amfibia, dan 10.000 spesies tumbuhan. Sejak 2007 sehingga 2010, sebanyak 123 spesies baru ditemui di wilayah ini. Laporan status pada 2012 mendapati bahawa hutan hujan pamah Borneo semakin terancam.

                                     

1. Kawasan perlindungan

Wilayah Jantung Borneo memiliki sejumlah kawasan yang dilindungi, seperti Taman Negara Batang Ai, Suaka Margasatwa Lanjak Entimau, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Banjaran Crocker, Taman Negara Kinabalu di Malaysia, Taman Negara Kayan Mentarang, Taman Negara Bukit Baka Bukit Raya, Taman Negara Danau Sentarum di Indonesia dan Taman Negara Ulu Temburong di Brunei.

                                     

2. Pautan luar

  • Declaration on the Heart of Borneo Initiative Diarkibkan 2012-07-23 di Wayback Machine
  • WWF: Newly Discovered Species in the Heart of Borneo
  • Heart of Borneo Indonesian Government website Diarkibkan 2013-12-26 di Wayback Machine