ⓘ Pendaraban ialah suatu proses aritmetik yang melibatkan penggandaan satu nombor dengan nombor lain. Secara ringkas, pendaraban ialah penambahan yang dilakukan s ..

                                     

ⓘ Pendaraban

Pendaraban ialah suatu proses aritmetik yang melibatkan penggandaan satu nombor dengan nombor lain. Secara ringkas, pendaraban ialah penambahan yang dilakukan secara berulang. Operasi ini adalah salah satu dari empat operasi asas di dalam aritmetik.

Pendaraban tertakrif bagi nombor asli dalam suku-suku penambahan yang diulang-ulang; misalnya, 3 darab 4 dapat dihitung dengan menambahkan 3 salinan daripada 4 bersama-sama:

3 × 4 = 4 + 4 + 4 = 12. {\displaystyle 3\times 4=4+4+4=12.\!\,}

Walaupun demikian, ini juga sama dengan menambahkan 4 salinan daripada 3 bersama-sama:

3 × 4 = 3 + 3 + 3 + 3 = 12. {\displaystyle 3\times 4=3+3+3+3=12.\!\,}

Dalam matematik, penulisan 3 × 4 = 4 + 4 + 4 {\displaystyle 3\times 4=4+4+4} serta 3 × 4 = 3 + 3 + 3 + 3 {\displaystyle 3\times 4=3+3+3+3} adalah benar.

Pendaraban nombor rasional pecahan dan nombor nyata juga tertakrif oleh rumus dasar ini. Di samping itu, kaedah pendaraban juga diguna pakai terhadap jenis-jenis nombor lain seperti nombor kompleks dan sistem matematik lebih abstrak seperti matriks.

                                     

1. Simbol

Dalam aritmetik, pendaraban ditulis menggunakan tanda × {\displaystyle \times } di antara nombor dalam notasi sisipan. Sebagai contoh,

2 × 3 = 6 {\displaystyle 2\times 3=6} "dua kali tiga sama dengan enam" 3 × 4 = 12 {\displaystyle 3\times 4=12} 2 × 3 × 5 = 6 × 5 = 30 {\displaystyle 2\times 3\times 5=6\times 5=30} 2 × 2 × 2 × 2 × 2 = 32 {\displaystyle 2\times 2\times 2\times 2\times 2=32}

Tanda itu dikodkan dalam Unicode U+00D7 × TANDA PENDARABAN HTML × ×.

Selain itu, terdapat beberapa lagi notasi matematik bagi pendaraban:

  • Pendaraban boleh dilambangkan dengan tanda titik, biasanya titik posisi tengah kadang-kadang noktah juga digunakan
5 ⋅ 2 atau 5. 3 Notasi titik tengah yang dikodkan dalam Unicode sebagai U+22C5 ⋅ OPERASI TITIK ialah simbol piawai di Amerika dan negara-negara lain yang menggunakan noktah digunakan sebagai titik perpuluhan. Jika karakter operasi titik tidak dapat diakses, tanda interpunct digunakan. Di United Kingdom dan Ireland, noktah digunakan untuk pendaraban dan titik tengah digunakan sebagai titik perpuluhan, meskipun penggunaan noktah ialah hal umum.
  • Dalam pendaraban vektor, terdapat perbezaan antara tanda silang dan simbol titik. Simbol silang umumnya menunjukkan pengambilan pendaraban silang dua vektor lalu menghasilkan vektor sebagai hasilnya, sedangkan tanda titik menunjukkan pengambilan pendaraban titik dua vektor yang menghasilkan nilai skalar.
  • Dalam algebra, pendaraban yang melibatkan pemboleh ubah ditulis secara rapat misal, xy bagi x dengan y atau 5 x mewakili sebanyak lima kali x, disebut sebagai pendaraban tersirat. Gaya ini juga digunakan bagi nombor dalam tanda kurung contoh: 52 atau 52 mewakili lima kali dua).

Dalam pengaturcaraan komputer, tanda bintang contoh: 5*2 merupakan notasi paling umum. Hal ini kerana kebanyakan komputer dalam sejarah terbatas pada himpunan aksara kecil seperti ASCII dan EBCDIC yang tidak memiliki tanda pendaraban seperti ⋅ atau ×, sedangkan tanda bintang wujud di setiap papan kekunci. Penggunaan ini berasal daripada bahasa FORTRAN.