ⓘ Animisme. Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan ma ..

Empayar Bamana

Empayar Bamana, Empayar Bambara atau Empayar Ségou merupakan sebuah kerajaan besar yang berpusat di Ségou, sekarang di Mali moden, Afrika Barat. Negeri ini didirikan setelah kejatuhan Empayar Mali diperintah dinasti Keita oleh puak-puak Bambara yang pernah bersekutu dengan empayar besar itu. Templat:Tunas-Mali

                                     

ⓘ Animisme

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.

Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.

Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7.5 juta orang Dayak yang tergolong pemeluk animisme.

Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

                                     
  • Austronesia. Hampir semua suku kaum ini menganut agama Katolik dan beberapa agama Kristian evangelis, dengan bilangan yang sedikit masih mengamalkan animisme
  • Animisme di Malaysia atau agama rakyat Malaysia merujuk kepada kepercayaan dan amalan animistik dan politeistik yang masih dipegang oleh ramai di negara
  • yang menjadi pegawai profesional dan ahli perniagaan. Mereka menganuti agama Islam, Kristian dan terdapat yang masih mengamalkan kepercayaan animisme
  • padi yang sedang masak menguning dalam satu malam sahaja. Kepercayaan animisme manyatakan datangnya tikus begitu banyak kerana mendapat bala dari Tuhan
  • Laut Orang Kuala Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai
  • berbentuk campuran. Antara contoh agama rakyat adalah agama rakyat Cina, animisme dan agama - agama yang berkaitan pembomohan dan sihir. Jika anda melihat
  • tertinggi di Pulau Seram. Sebahagian besar penduduk Seram menganut kepercayaan Animisme agama Islam atau Kristian Katholik. Suku Manusela menganut agama Hindu
  • supra rasional subjektivisme. Antara jenis - jenis intuisionisme adalah animisme dinamisme, mitos, magis, iaitu unsur supernatural atau kuasa ghaib yang
  • seperti Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme tetapi ada antara mereka yang telah menganut agama Islam. Ada antara mereka
  • Austronesia dan Melanesia. 5 - 10 penduduk Sumba menganut kepercayaan animisme Marapu, dan yang lainnya menganut campuran Marapu dan Kristian. Kaum Islam
  • istilah hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah ada sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap