ⓘ Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni b ..

                                     

ⓘ Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam, di tepi Tasik Shah Alam.

                                     

1. Sejarah

Penubuhan Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali dengan sebutan Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani Enakmen No.6 Tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.

Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor di mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi Melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga Muzium Selangor.

                                     

2. Bangunan

Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41.538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori.Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman pra sejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat.Bot Jenderam yang ditemui di Kampung Jenderam Hilir, Sepang turut dipamerkan di sini.

                                     

3. Pameran Muzium

Balai Alam

Balai Alam mempamerkan barang-barangan berunsurkan alam semula jadi di negeri Selangor seperti spesimen haiwan-haiwan yang telah diawetkan.

Balai Islam

Balai Islam pula mempamerkan barangan-barangan berkenaan Islam seperti Mimbar Solat,Tulisan Khat Islam dan sebagainya. Balai ini juga mempamerkan model masjid-masjid di negeri Selangor seperti Masjid Sultan Salahuddin dan Masjid Sultan Sulaiman. Selain itu, ia juga mempamerkan barangan-barangan khurafat dan penyelewengan akidah.

                                     
  • semasa Sultan dan kerabat diraja bersemayam di sini. Bangunan Muzium Di Raja berasal daripada Istana Kota Setar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad
  • sebarang maklumat lanjut sila hubungi Muzium Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Perak. No. Tel : 605 - 5406000
  • pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan
  • Sultan Sir Abu Bakar Al - Khalil Ibrahim Shah Ibni Al - Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim GCMG KCSI 3 Februari 1833 4 Jun 1895 Jawi:
  • Lebuhraya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya. Sumber: Muzium Sultan Alam Shah Shah Alam Seperti lebuh raya kendalian PLUS lain, terdapat diskaun
  • Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Penggubahnya
  • Jema ah berkahwin dengan Sultan Hisamuddin Alam Shah yang ketika itu menjadi pengiring Diraja kepada DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah Dengan itu juga baginda
  • Menteri: Datuk Abdul Razak Sultan Johor: Sultan Ismail Sultan Kedah: Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah Sultan Kelantan: Sultan Yahya Petra Raja Perlis: Tuanku
  • Bahharruddin Eismaill Shah ibni DYAM Raja Bendahara Haji Sir Abdul Rasshid Shah ibni Sultan Sir Idris Musshiddul al - Adzam Shah Perak, pernah menjadi Pegawai
  • Al - Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Sultan Selangor 1938 1942, 1945 1960 Al - Marhum Sultan Badlishah
  • tersebut telahpun dijadikan sebagai Muzium Diraja. Istana Alam Shah Istana Alam Shah adalah istana rasmi bagi Sultan Selangor. Setiap acara rasmi berkenaan