ⓘ Kebudayaan Hungary. Muzik Hungary terdiri terutamanya daripada muzik rakyat tradisional Hungary dan karya komposer terkenal seperti Franz Liszt, Béla Bartók dan ..

                                     

ⓘ Kebudayaan Hungary

Muzik Hungary terdiri terutamanya daripada muzik rakyat tradisional Hungary dan karya komposer terkenal seperti Franz Liszt, Béla Bartók dan Zoltán Kodály. Muzik tradisonal Hungary cenderung kepada irama daktil yang kuat, kerana bahasanya menekankan suku kata pertama setiap perkataan. Hungary juga mempunyai sebilangan penggubah of muzik klasik kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti György Ligeti, György Kurtág, Péter Eötvös dan Zoltán Jeney.

                                     

1. Masakan

Masakan Hungary juga merupakan sifat yang penting dalam budaya Hungary, dengan hidangan-hidangan tradisional seperti goulash gulyás atau gulyásleves yang menjadi sebahagian penting dalam diet Hungary. Masakan Hungary sering ditambah perisa paprika. Stew sering didapati dengan unsur-unsur tipikal seperti daging khinzir atau lembu, misalnya seperti yang digunakan dalam pörkölt. Terdapat juga pelbagai pencuci mulut yang lazimnya berperisa buah-buahan dan berasaskan pastri rétes. Makanan ialah sebahagian besar budaya Hungary dan tindakan menolak makanan yang ditawarkan selalunya dianggap tidak sopan.

                                     

2. Sains

Hungary terkenal kerana pendidikan matematik cemerlangnya yang telah melatih ramai saintis yang cemerlang. Ahli amtematik Hungary yang masyhur termasuklah Paul Erdős yang terkenal kerana menerbit hasil kerjanya dalam lebih 40 bahasa dan nombor Erdős yang masih dirunut; János John Bolyai, pereka geometri bukan Euclid atau "mutlak" pada thaun 1831; dan John von Neumann, perintis pengkomputeran digital. Ramai saintis berketurunan Yahudi hungary, termasuk Erdős, von Neumann, Edward Teller, dan Eugene Wigner, melariakn dari daripada pengaruh anti-Semitisme di Eropah lalu melakukan sumbangan terpenting mereka di Amerika Syarikat.

Orang Hungary amat berasa bangga kerana ciptaan mereka, termasuk mancis tidak berbunyi János Irinyi, Kiub Rubik Ernő Rubik, dan mentol elektrik kripton Imre Bródy. Sebilangan lagi ciptaan dan penemuan terpenting, termasuk holografi Dennis Gabor, pena mata bulat László Bíró, teori bom hidrogen Edward Teller, dan bahasa pengaturcaraan BASIC John Kemeny, bersama Thomas E. Kurtz, dicipta oleh orang Hungary yang meninggalkan negara sebelum Perang Dunia II.

                                     

3. Sastera

Kesusasteraan Hungary baru-baru ini meraih perhatian di luar sempadan Hungary kebanyakannya melalui terjemahan ke bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris. Sebilangan pengarang Hungary moden makin popular di Jerman dan Itali terutamanya Sándor Márai, Péter Esterházy, Péter Nádas dan Imre Kertész. Kertész ialah seorang pengarang kontemporari berketurunan Yahudi yang berjaya merempuhi Holokus dan memenangi Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 2002.

Hasil klasik kesusasteraan dan puisi Hungary yang lebih lama masih kurang dikenali di luar Hungary. János Arany, seorang pemuisi Hungary abad ke-19, masih disanjungi ramai di Hungary terutamanya koleksi Balada beliau, di kalangan beberapa "klasik sejati" lain seperti Sándor Petőfi, pemuisi Revolusi 1848, Endre Ady, Mihály Babits, Dezső Kosztolányi, Attila József dan János Pilinszky. Pengarang Hungary terkenal yang lain termasuk Zsigmond Móricz, Gyula Illyés, Albert Wass, dan Magda Szabó.

                                     

4. Sukan

Salah seorang ahli sukan hungary yang tersohor ialah Ferenc Puskás 1927 – 2006 dalam sukan bola sepak. Beliau melakukan 84 jaringan dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk Hungary, serta 511 jaringan dalam 533 perlawanan Liga Hungary dan Sepanyol. Puskás beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1954 menentang Jerman Barat. Pada tahun 1958, selepas Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau menyertai pasukan Real Madrid penuh legenda bersama-sama Alfredo Di Stéfano dan Francisco Gento.

Orang Hungary juga terkenal kerana kekuasaan mereka dalam sukan akuatik, terutamanya sukan renang, polo air dan berkanu; mula-mulanya ini agak memeranjatkan kerana Hungary tidak berpantai. Sebaliknya, kehadiran dua batang sungai utama Duna dan Tisza dan sebuah tasik besar Balaton memberi peluang baik untuk melatih sukan-sukan ini. Sebilangan pemain pedang sabre terhebat juga berasal dari Hungary.

                                     
  • perang. Sungguhpun begitu, Kerajaan Hungary tetap mampu menguatkan pengaruhnya di Eropah sebagai pusat kebudayaan dan kesenian di bawah pemerintahan Raja
  • Hungary Uthmaniyah adalah sebuah wilayah di Hungary Zaman Pertengahan yang diperintah oleh empayar Uthmaniyah bermula pada tahun 1541 sehingga 1699. Pemerintahan
  • Rencana ini mengenai sejarah zaman kuno, pertengahan dan moden Hungary Ketika zaman Empayar Rom, rantau di barat sungai Danube dikenali sebagai Pannonia
  • Kerajaan Beraja Hungary yang wujud antara tahun 1526 sehingga 1867 semasa berada di luar Empayar Suci Rom adalah sebahagian daripada wilayah di bawah
  • Parti - parti      Independence Party Parti - parti      Socialist Party of Hungary      Hungarian Socialist Workers Party Parti - parti      KNEP Parti - parti
  • Csesznek telah menghasilkan banyak orang terkenal dalam sejarah dan budaya Hungary dan Eropah. Jakab Cseszneky György Cseszneky János Cseszneky Mihály
  • ke promosi pengaruh kebudayaan Laut Tengah di Hungary Buda, Esztergom, Székesfehérvár dan Visegrád di antara kota - kota di Hungary yang bermanfaat dari
  • meluaskan peluang pendidikan dan kebudayaan Selepas itu, Czechoslovakia mengalami tekanan apabila kerajaan Jerman dan Hungary melancarkan revanchisme diambil
  • Eropah Timur atas sebab - sebab ekonomi, sejarah, agama, dan kebudayaan Republik Czech Hungary Poland Slovakia Negara - negara lain: Romania sering disertakan