ⓘ Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang atau CTI merupakan usaha bersepadu bagi mengekalkan pertumbuhan terumbu karang yang meliputi negara Malaysia, Indonesia, Fili ..

                                     

ⓘ Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang

Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang atau CTI merupakan usaha bersepadu bagi mengekalkan pertumbuhan terumbu karang yang meliputi negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Timor Leste dan Kepulauan Solomon. CTI telah ditubuhkan pada 2007 dan merupakan idea Indonesia.

Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang hanya meliputi dua peratus kawasan lautan dunia tetapi ia sangatlah penting.Hampir 75 % daripada semua jenis terumbu karang dan 40 % jenis ikan-ikan karang, mempunyai dimensi sosio ekonomi yang penting di CTI. Masa depan bumi bergantung kepada lautan.Kita hendaklah melindungi kepelbagaian biologi di habitat dasar lautan serta kawasan marin.Pengetahuan mengenai lautan masih lagi terhad dan sering ke arah mengeksploitasi sumber-sumber marin. Kerjasama CTI dapat mengelakkan pertindihan dan pembaziran sumber-sumber serta mesti ada penghasilan nyata dan boleh bertahan. Masyarakat tempatan dan kaum peribumi harus dilibatkan sama.

                                     

1. Perasmian Sidang Kemuncak CTI

Pada 16 Mei 2009, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan Sidang Kemuncak CTI kali ke-1 di Dewan Konvensyen Antarabangsa Grand Kawanua, bandar Manado, Sulawesi utara. Antara yang hadir ialah Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Dr. Derek Sikua; Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta; Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Michael T. Somare dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peserta terdiri daripada para pakar marin, saintis dan aktivis pemuliharaan marin.

Sidang ini akan membincangkan:

  • Geologi dan geofizik marin
  • Pengurusan pulau-pulau kecil.
  • Pengurusan Lautan dan Pantai Bersepadu.
  • Mengurangkan Risiko Pantai dan Marin
  • Biodiversiti Marin Mega
  • Terumbu karang
  • Perubahan Iklim Global
  • Pelancongan marin
  • Sistem pemantauan marin global
  • Perlindungan marin
  • Perkhidmatan dan Industri Maritim
  • Pembiakan dan pengurusan ikan
  • Lautan Sebagai Perbatasan Masa Depan
                                     

2. Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana

Pada 16 Mei 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana PSSE 2009 akan dilancarkan pada 15 Jun 2009, dan ia akan membabitkan kapal KD Perantau selama 52 hari. Kajian oseanografi dilakukan termasuk pemetaan flora dan fauna marin seperti batu karang, mamalia marin, ikan dan invertebrata di Laut China Selatan,Laut Sulu- Laut Sulawesi. Malaysia memberi sumbangan US$1 juta RM3.54 juta bagi Projek CTI. Data yang lengkap dapat mencegah bencana alam yang besar,menghadapi ancaman perubahan iklim dalam persekitaran marin yang berubah-ubah.

Marin di Sabah yang meliputi kawasan perairan seluas 35.000 kilometer persegi akan menikmati manfaat daripada CTI.Perairan dan sumber marin di Sabah dari Kota Marudu hingga ke Semporna dapat dibangunkan.

                                     

3. Sejarah marin

Pada 1998,Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan telah dilancarkan. Konvensyen Kepelbagaian Biologi pula bertujuan mempromosikan serta melaksanakan objektif konvensyen di peringkat negara, rantau serta antarabangsa.

Penduduk dunia mestilah memahami jalinan ekosistem marin, lautan, perhubungan udara dan laut, perubahan dasar laut dan proses perairan.Pengurusan data lautan, pengukuran dan pemantauan status kesihatan pertumbuhan terumbu karang dan pertahanan hidupan, sumber-sumber biologi dan bekalan makanan serta ramalan cuaca.