ⓘ Tahun Masihi ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Gregory. Ia biasanya disingkatkan menjadi M. Era kalendar yang dirujuk ..

Windu

Windu adalah istilah untuk selang waktu selama 8 tahun. Bentuk terkininya dalam takwim yang digunakan dalam masyarakat Jawa dirombak dan disempurnakan oleh Sultan Agung, raja Kesultanan Mataram. Satu windu terdiri daripada lapan tahun dengan nama berikut: Be, Jimawal, Jimakir. Ehe, Alip, Je, Dal, Wawu, ebagai pembanding, sistem penanggalan Tiongkok dan Jepang menggunakan kitaran dua belas tahun dengan menggunakan lambang-lambang binatang untuk memberi ciri kehidupan yang mungkin terjadi pada tahun-tahun yang bersangkutan. Windu juga memiliki satu kitaran utama, yang terdiri dari empat kita ...

                                     

ⓘ Tahun Masihi

Tahun Masihi ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Gregory. Ia biasanya disingkatkan menjadi M.

Era kalendar yang dirujuk kedua-dua takwim ini ialah tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus Al-Masih. Tahun-tahun sebelumnya pula dilabelkan sebagai Sebelum Masihi SM. Di dalam skema ini tiadanya tahun kosong jadi tahun Masihi 1 segera mengikuti selepas habisnya tahun 1 Sebelum Masihi. Sistem tarikh ini telah dicipta oleh Dionysius Exiguus dari Scythia Minor pada tahun 525, tapi tidak digunakan dengan meluas hingga selepas tahun 800.

Kalendar Gregory adalah kalendar yang paling banyak digunakan di dalam dunia hari ini. Untuk berabad lamanya, ia telah menjadi asas tidak rasmi yang digunapakai untuk kepentingan dalam komunikasi antarabangsa, pengangkutan, dan intergrasi komersial, dan diterima pakai oleh institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

                                     

1. Pautan luar

  • Calendar Converter

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Templat:Kronologi