ⓘ Kawasan secara amnya ialah permukaan tanah atau air yang sederhana luasnya tetapi lebih besar daripada tapak. Umumnya, ia merupakan sebahagian daripada seluruh ..

Aldeanueva de San Bartolomé

Aldeanueva de San Bartolomé merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Sepanyol dalam wilayah Toledo, di komuniti autonomi Castile-La Mancha.

Merbok (kawasan persekutuan)

Merbok ialah sebuah kawasan persekutuan di Kedah, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat dengan kod P014. Kawasan Parlimen ini mula dipertandingkan pada 1986, dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia mengikut sistem undian terbanyak.

                                     

ⓘ Kawasan

Kawasan secara amnya ialah permukaan tanah atau air yang sederhana luasnya tetapi lebih besar daripada tapak. Umumnya, ia merupakan sebahagian daripada seluruh permukaan yang dikaji, misalnya, dunia, negara, lembangan, banjaran gunung, dan sebagainya, atau "kawasan New England di Amerika Syarikat". Kawasan juga boleh dilihat sebagai sekumpulan unit yang lebih kecil. Ia juga boleh ditakrifkan menerusi ciri fizikal, ciri manusia, atau ciri fungsi.

Kawasan merupakan istilah geografi yang paling umum digunakan oleh cabang-cabang geografi yang berbeza, dengan setiap cabang memerihalkan permukaan yang dikaji daripada segi kawasan. Misalnya, ekokawasan ialah istilah yang digunakan dalam bidang geografi alam sekitar, kawasan budaya dalam geografi budaya, dan biokawasan dalam biogeografi. Dalam bidang geografi fizikal, ekologi, biogeografi, zoogeografi, dan geografi alam sekitar, kawasan cenderung berdasarkan ciri semula jadi seperti ekosistem atau biotop, biom, lembangan saliran, banjaran gunung, jenis tanah, dan sebagainya. Bidang geografi yang mengkaji kawasan pada dirinya dikenali sebagai geografi kawasan.

                                     

1. Kawasan ketenteraan

Dalam penggunaan tentera, Kawasan adalah singkatan bagi nama formasi ketenteraan yang lebih besar dari Kumpulan Tentera Darat dan lebih kecil dari Kancah Ketenteraan atau hanya Kancah. Nama penuh formasi tentera ini ialah Kawasan Ketenteraan. Saiz sesebuah Kawasan Ketenteraan boleh berbeza-beza secara meluas tetapi biasanya diantara kira-kira 1 juta dan 3 juta anggota tentera. Dua atau lebih Kawasan Ketenteraan boleh membentuk sebuah Kancah Ketenteraan. Kawasan Ketenteraan biasanya diperintah oleh seorang Jeneral penuh empat bintang, Fil Marsyal, atau Jeneral Tentera Darat lima bintang, atau Generalisimo Soviet Union. Disebabkan saiz formasinya yang besar, penggunaannya amatlah jarang. Beberapa sedikit contoh ialah sebuah Kawasan Ketenteraan bagi setiap medan Timur, Barat, dan Selatan kebanyakkan di Itali di benua Eropah semasa Perang Dunia II. Simbol unit peta ketenteraan bagi barisan formasi ini lihat Organisasi tentera dan APP-6A mengandungi enam huruf X.

                                     

2. Rujukan

  • Meinig, D.W. 1986. The Shaping of America: A Geographical Perspective on 500 Years of History, Volume 1: Atlantic America, 1492-1800. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-03548-9
  • Bailey, Robert G. 1996 Ecosystem Geography. New York: Springer-Verlag. ISBN 0-387-94586-5
                                     

3. Pautan luar

  • Physiographic regions of the United States
  • Map and descriptions of hydrologic unit regions of the United States"
  • Federal Standards for Delineation of Hydrologic Unit Boundaries