ⓘ Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipeng ..

Pos Sinderut

Pos Sinderut ialah sebuah kawasan petempatan Orang Asli Semai yang terletak di daerah Lipis, Pahang, Malaysia. Pos ini memiliki sebuah sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Senderut.

Kolej Tingkatan Enam Pontian

Institusi pendidikan ini telah mula dibina pada tahun 2008 di atas kawasan seluas 11 ekar atau 4.45 hektar, di lokasi PTD 15944 Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian Johor Darul Ta’zim. Premis terdiri daripada 5 buah blok bangunan tiga tingkat iaitu blok A, B, C, D dan E beserta sebuah bangunan kantin dan sebuah garaj kereta. Pada bahagian belakang bangunan blok E terdapat sebuah padang dan gelanggang permainan. Institusi pendidikan ini ditubuhkan pada 05 Mei 2014 dan diperakukan untuk beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah baru lokasi bandar pada 19 Mei 2014, dengan kod dan nama JEA 6013 ...

                                     

ⓘ Geografi ekonomi

Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik mengikut jejak Alfred Weber dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara:

  • Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan.
  • Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada karya David Harvey; dan

Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi. Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai "geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.

Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk senarai ini tidak lengkap:

  • hubungan antara alam sekitar dengan ekonomi mengikat sejarah panjang ahli geografi mengkaji saling tindak budaya-persekitaran;
  • globalisasi;
  • ekonomi jantina;
  • pengangkutan;
  • ekonomi etnik;
  • ekonomi bentuk bandar;
  • perdagangan dan pembangunan antarabangsa; dan
  • lokasi industri;
  • harta tanah;
  • ekonomi penumpuan juga dikenali sebagai "talian" atau "rangkaian";
  • teori teras-pinggir;
  • gentrifikasi;
                                     

1. Bidang kajian

  • Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis sezaman dan falsafahnya.
  • Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma dan individu.
  • Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi.
  • Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi.
                                     

2. Cabang

Daripada segi tema, geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut tidak lengkap:

  • Geografi Sumber
  • Geografi Pertanian
  • Geografi Perdagangan Antarabangsa
  • Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.
  • Geografi Industri

Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin bertindih dengan sains geografi yang lain atau dapat dianggap sebagai satu bidang yang berasingan.

                                     

3. Lihat juga

  • Ekonomi bandar
  • Geografi pembangunan
  • Teori lokasi
  • Model perdagangan graviti
  • Geografi runcit
  • Gugusan perniagaan
  • Senarai topik geografi ekonomi
  • Ekonomi luar bandar
  • Sains kawasan
  • Analisis ruangan
                                     

4. Bacaan tambahan

  • Dicken, P. 2003: Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the 21st Century, Fourth Edition. The Guilford Press.
  • Massey, D. 1984: Spatial Divisions of Labour, Social Structures and the Structure of Production, MacMillan, London.
  • Lloyd, P. E. - Dicken, P. 1977: Location in space - A Theoretical Approach to Economic Geography, Second Edition. Harper & Row Ltd, London.
  • Scott, A. J. 2006 Geography and Economy. Oxford University Press.
  • Lee, R. - Wills, J. 1997: Geographies of Economies, Arnold, London.
                                     

5. Jurnal saintifik

Economic Geography - founded and published quarterly at Clark University since 1925 Journal of Economic Geography - published by Oxford University Press since 2001 Zeitschrift für Wirtschaftsgeographie - The German Journal of Economic Geography published since 1956. Tijdschrift voor economische en sociale geografie TESG - Published by The Royal Dutch Geographical Society KNAG since 1948.

                                     
  • Geografi Tulisan Jawi: ڬيوڬرافي ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia
  • mahupun kawasan berkayu. Disebabkan masalah ini, penduduk Macau kini terpaksa mencari rezeki di lautan. Geografi China Geografi Republik Rakyat China
  • boleh melibatkan antara individu, isi rumah, perniagaan, atau kawasan geografi biasanya dalam tahap sosioekonomi yang berbeza atau kategori demografi
  • wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah negara
  • suku bagi perekonomian Inggeris, mungkin parah, meletakkan prestasi diprediksi terakhir dalam G7 ekonomi terkemuka Enam suku kemudian ekonomi Inggeris
  • merupakan suatu pemerihal geografi yang kurang tepat, istilah Asia - Pasifik menjadi amat popular dari akhir 1980 - an apabila ekonomi - ekonomi di kawasan beraneka
  • Ekonomi dunia atau ekonomi global adalah ekonomi dunia, yang dianggap sebagai pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa yang dinyatakan dalam unit
  • Bursa Saham Thailand Senarai topik geografi ekonomi Bank Thailand Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Thailand - Jepun, Munich: BookRix GmbH
  • lihat Daerah Bahamas Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Bahamas Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Bahamas Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi
  • tajaan kerajaan. Syarikat perkhidmatan kewangan hadir di semua ekonomi maju lokasi geografi dan cenderung untuk kelompok di tempatan, negara, wilayah antarabangsa
  • merupakan koleksi peta yang mempunyai ciri - ciri geografi sempadan politik, sosio - ekonomi dan statistik ekonomi Atlas pada masa dahulu merupakan koleksi yang