ⓘ Kebudayaan Islam ialah istilah yang khususnya digunakan dalam akademia sekular untuk memerikan kesemua amalan kebudayaan yang sepunya kepada orang Islam daripad ..

Golongan yang terawal memeluk Islam

Golongan yang terawal memeluk Islam atau al-sabiqun al-awwalun ialah kumpulan orang yang pertama kali memeluk Islam apabila disampaikan seruan dakwah oleh Nabi Muhammad. Pada awal penyebaran Islam, bilangan golongan ini terdiri daripada pelbagai peringkat dari kalangan hamba dan orang merdeka, dari kalangan pembesar dan rakyat biasa.

Muhammad Al-Hasan Al-Dedew

Syeikh Muhammād Al-Hasān bin Al-Diddū Al-Shanqītī Bahasa Arab: محمد الحسن بن الددو الشنقيطي atau juga dieja Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dido atau al-Dedew lahir 31 Oktober 1963 di Boutilimit, Mauritania, ialah seorang ulama Islam, pengarang, penulis dan ahli fiqah. Beliau ialah Presiden Pusat Penerangan Ulama dan Presiden Universiti Abdallah bin Yasin di Mauritania. Beliau juga ketua Pusat Pembangunan Ulama di negara barat laut Afrika tersebut. Pada 2014, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, dan kini masih menggangotainya sebagai ahli lembaga pemegang aman ...

Mandala (model politik)

Sistem mandala adalah model penyebaran pengaruh kekuasaan politik yang lazim dilaksanakan sepanjang zaman purba Asia Tenggara yang meriak atau melingkar menyeimbangkan kuasa yang ada dalam pemilikan tanah-tanah sejajar dengan berkembangnya pengetahuan ilmu peta setempat pada abad ke-15 Sejarawan Inggeris O. W. Wolters menyebutkan gagasan ini pada 1982: "Peta sejarah purba Asia Tenggara berevolusi dari jejaring permukiman prasejarah yang muncul dalam catatan sejarah sebagai serpihan-serpihan yang membentuk mandala yang kadang saling tumpang tindih." Maka, sistem mandala menggambarkan strukt ...

                                     

ⓘ Kebudayaan Islam

Kebudayaan Islam ialah istilah yang khususnya digunakan dalam akademia sekular untuk memerikan kesemua amalan kebudayaan yang sepunya kepada orang Islam daripada segi sejarah. Oleh sebab agama Islam berasal pada abad ke-6 di Semenanjung Arab, bentuk kebudayaan Muslim yang awal adalah lebih banyak daripada orang Arab. Dengan peluasan empayar-empayar Islam yang pesat, orang Islam berhubung dan menyerap kebudayaan-kebudayaan Parsi, Turki, Mongol, India, Melayu, Berber, dan Indonesia.

                                     

1. Percanggahan pendapat tentang istilah

"Kebudayaan Islam" pada dirinya merupakan sebuah istilah yang menimbulkan perbalahan. Orang Islam tinggal di banyak negara dan komuniti yang berbeza. Justera, mengasingkan apa yang menyatukan mereka selain daripada agama Islam adalah sesuatu perkara yang susah. Bagaimanapun, ahli akademik sekular tidak hendak mengakui masalah itu kerana mereka melihatkkan agama sebagai salah satu aspek antropologi dan sejarah budaya.

Marshall Hodgson, ahli sejarah Islam yang terkenal, memerhatikan kesulitan tersebut antara penggunaan agama dan penggunaan akademik sekular untuk perkataan bahasa Inggeris, Islamic bersifat Islam dan "Muslim", di dalam karya tiga-jilidnya, The Venture Of Islam Penjelajahan Islam. Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan bahawa kedua-dua istilah itu digunakan hanya untuk fenomena agama lalu mereka istilah Islamicate Islamikat untuk menandakan semua aspek kebudayaan orang Muslim sejarah. Bagaimanapun, cadangannya tidak pernah digunakan secara meluas, dengan kekeliruan penggunaan umum kedua-dua perkataan itu masih wujud.

                                     

2. Amalan dan kepercayaan agama

C.J. Whites menyatakan bahawa kebudayaan Islam umumnya merangkumi semua amalan yang berkembang dan berkisar pada agama Islam, baik amalan al-Quran seperti solat mahupun yang bukan daripada al-Quran seperti pembahagian dunia Islam. Di Bengal, kebudayaan Islam juga merangkumi tradisi Baul yang memudahkan pemelukan Islam secara aman di kebanyakan kawasannya.

                                     

3. Bahasa dan kesusasteraan

Asia Selatan

Di Bengal, tradisi muzik rakyat, Baul, menghasilkan puisi asimilasi yang menggabungkan Sufisme dengan banyak imej tempatan. Pemuisinya yang paling terkenal ialah Hason Raja dan Lalon.

                                     

3.1. Bahasa dan kesusasteraan Arab

Kesusasteraan Islam awal adalah dalam bahasa Arab kerana bahasa itu merupakan bahasa komuniti-komuniti Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah. Oleh sebab sejarah awal komuniti Islam menumpukan pengasasan agama Islam, hasil kesusasteraan mereka bersifat agama. Lihat rencana tentang al-Quran, Hadis, dan Sirah Rasul Allah yang merupakan sastera komuniti Islam yang terawal.

Dengan pembentukan Kerajaan Bani Ummaiyyah, kesusasteraan Muslim sekular dikembangkan lihat Hikayat Seribu Satu Malam. Sedangkan ia tidak mempunyai sebarang kandungan agama, sastera sekular itu disebar oleh orang Arab ke seluruh pelosok empayar dan justera itu, menjadi sebahagian kebudayaan yang tersebar luas.

                                     

3.2. Bahasa dan kesusasteraan Parsi

Menjelang zaman empayar Abbasid, bahasa Parsi telah menjadi salah satu bahasa yang utama dalam tamadun Islam dan justera, kebanyakan sastera Islam yang paling terkenal merupakan sastera Parsi lihat Persidangan Burung dan puisi Rumi.

                                     

3.3. Bahasa dan kesusasteraan Zaman moden

Pada zaman moden, pengelasan penulis mengikut bahasa semakin tidak berguna. Karya Naguib Mahfouz, pemenang Hadiah Nobel Mesir, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan dibaca di seluruh dunia. Sebaliknya, penulis-penulis yang lain seperti Orhan Pamuk menulis terus dalam bahasa Inggeris untuk mencapai lebih banyak pembaca antarabangsa.



                                     

4. Nikah

Perkahwinan dalam Islam dianggap sebagai amat sangat penting. Nabi Muhammad s.a.w., nabi Islam yang terakhir, menyatakan bahawa "menikah adalah setengah daripada agama". Terdapat banyak hadis yang menyanjung pentingnya perkahwinan dan kekeluargaan.

Dalam Islam, nikah ialah ikatan undang-undang dan kontrak sosial antara seseorang lelaki dan seseorang perempuan, sebagaimana digalakkan oleh Syariat Islam.

                                     

5. Seni

Seni Islam yang membentuk sebahagian kajian Islam, terutamanya bersifat abstrak dan hias. Ia menggambarkan reka bentuk Arabes bergeometri dan berbunga-bunga serta juga reka bentuk seni khat pada sepanjang sejarahnya. Berbeza dengan tradisi seni Kristian yang cenderung menggambarkan manusia, seni Islam tidak merangkumi penggambaran makhluk, termasuk manusia. Kekurangan pemotretan tersebut adalah kerana Islam awal mengharamkan pelukisan manusia, termasuk gambar Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan sedemikian dipercayai akan menggoda penganutnya supaya mengamalkan penyembahan berhala. Larangan melukis gambar manusia atau ikon sebegini dikenali sebagai anikonisme. Bagaimanapun, pada sepanjang dua abad yang lalu, disebabkan semakin banyak perhubungan dengan peradaban Barat, larangan tersebut telah dilonggarkan sehingga hanya orang Muslim yang paling ortodoks kini menentang pemotretan.

Seni Islam biasanya menumpukan Allah, dan oleh sebab Allah tidak boleh dilambangkan dengan imejan, corak geometri dipergunakan sebagai ganti. Corak-corak ini adalah serupa dengan gaya Arabes yang juga melibatkan pengulangan reka bentuk geometri, tetapi tidak semestinya digunakan untuk mengungkapkan idaman susunan dan alam semula jadi.



                                     

5.1. Seni Seni khat

Dilarang melukis makhluk dan diajar menghormati al-Quran, para pelukis Islam mengembangkan seni khat Arab sehingga menjadi suatu bentuk seni. Ahli seni khat telah lama menggunakan ayat al-Quran atau peribahasa sebagai seni, dengan menggunakan bahasa Arab yang berbunga-bunga untuk mengungkapkan keindahan yang dirasakan mereka dalam ayat-ayat al-Quran.

                                     

6.1. Seni bina Unsur gaya Islam

Seni bina Islam dapat dikenal pasti menerusi unsur-unsur berikut yang diwariskan daripada masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, serta juga daripada ciri-ciri pra-Islam lain yang disesuaikan daripada seni bina gereja dan seni bina saumaah:

  • Penggunaan iwan untuk mengasingkan ruang-ruang yang berbeza;
  • Mihrab atau ceruk pada dinding dalaman untuk menunjukkan arah ke Mekah. Ini mungkin berasal daripada penggunaan ceruk yang lalu untuk memaparkan skrol Torah di dalam saumaah Yahudi atau daripada haikal gereja Qibti;
  • Laman dalam yang besar yang seringnya digabungkan dengan dewan sembahyang utama pada asalnya, satu ciri Masjid al-Nabawi.
  • Penggunaan bentuk geometri dan seni ulangan arabes.
  • Penggunaan warna yang terang;
  • Penggunaan seni khat Arab hiasan;
  • Pancuran penyucian;
  • Penumpuan ruang dalaman sesebuah bangunan, berbanding dengan kawasan luar.
  • Kubah penggunaannya yang terawal dalam agama Islam adalah pada masjid abad ke-8 yang terletak di Madinah.
  • Menara.
  • Penggunaan simetri;


                                     

6.2. Seni bina Tafsiran

Tafsiran seni bina Islam yang umum termasuk konsep-konsep yang berikut:

  • Konsep kuasa tak terhingga Allah dibangkitkan oleh reka bentuk yang mempunyai tema ulangan yang membayangkan ketakterhinggaan.
  • Penggunaan bentuk yang tersergam indah seperti kubah yang besar, menara yang melangit, dan laman dalam yang luas untuk melambangkan kuasa.
  • Seni khat digunakan untuk mengindahkan kawasan dalaman sesebuah bangunan dengan menggunakan petikan daripada al-Quran.
  • Seni bina Islam telah digelar "seni bina purdah" kerana keindahannya bersandarkan ruang dalaman laman dalam dan bilik yang tidak dapat dilihat dari luar pemandangan dari jalan raya.
  • Bentuk manusia dan haiwan jarang digambarkan dalam seni hias kerana karya Allah tiada tandingan. Dedaun merupakan motif yang sering digunakan tetapi biasanya digayakan atau dimudahkan atas sebab yang sama.
                                     

7. Muzik

Muzik Islam ialah muzik agama Muslim, sebagaimana dinyanyikan atau dimainkan dalam upacara awam atau dalam sembahyang peribadi. Kawasan tengah klasik Islam ialah Semenanjung Arab dan Timur Tengah, Afrika Utara dan Mesir, Iran, Asia Tengah, serta India utara dan Pakistan. Oleh sebab Islam ialah agama berbilang budaya, pengungkapan muzik penganutnya sangat berbeza, dengan gaya muzik asli di kawasan-kawasan yang berikut membentuk muzik sembahyang yang dihayati oleh orang Muslim sezaman:

  • muzik klasik Arab;
  • muzik klasik India Utara.
  • muzik agama di Iran; dan

Orang Turki Seljuk, puak nomad yang memeluk Islam dan menaklukkan Anatolia Turki kini lalu menjadikan Kekhalifahan itu sebagai Empayar Uthmaniyyah, juga amat mempengaruhi muzik Islam lihat muzik klasik Turki.

Afrika Sub-Sahara, Indonesia, Malaysia, dan Filipina selatan juga mempunyai jumlah penduduk Muslim yang besar, akan tetapi kawasan-kawasan itu tidak banyak mempengaruhi pelbagai tradisi muzik Islam, berbanding dengan kawasan tengah.



                                     

7.1. Muzik India Selatan

Kesemua kawasan India Selatan telah dikaitkan menerusi perdagangan lama sebelum ditaklukkan oleh Islam pada 600-an. Adalah mungkin bahawa gaya muzik mengikut laluan yang sama dengan barangan perdagangan. Bagaimanapun, tanpa sebarang rekod, kita hanya dapat meneka muzik pra-Islam di kawasan-kawasan tersebut. Islam mungkin banyak mempengaruhi muzik di kawasan India Selatan kerana ia menyatukan kawasan yang luas di bawah khalifah yang pertama dan memudahkan perdagangan antara kawasan-kawasan yang jauh. Sudah tentu, orang Sufi yang merupakan persaudaraan tasawuf telah menyebarkan muzik mereka secara meluas.

                                     
  • Islam pada pelbagai peringkat. Umat Islam budaya lebih lagi mempercayai dalam Islam tetapi mengekalkan sestengah malam untuk sosial dan kebudayaan daripada
  • kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan Betawi. Kebudayaan Arab masuk bersama penyebaran agama Islam oleh pedagang - pedagang Arab yang singgah
  • yang masyarakat Islam meskipun sedikit bilangannya, sekarang telah kukuh di Ireland. Masjid - masjid utama dan pusat kebudayaan Islam di Ireland adalah:
  • cuti - cuti dalam Islam disambut mungkin berlainan mengikut budaya dan juga mengikut mazhab, Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah. Cuti dalam Islam secara umumnya
  • binti Shukri. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian
  • Kebudayaan Brunei pada asasnya merupakan budaya Melayu dan amat hampir dengan kebudayaan jirannya Malaysia dan Indonesia. Kebudayaan di Brunei dipengaruhi
  • Abdullah di Gua Hira Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang. Agama Islam telah muncul di Semenanjung Arab pada kurun
  • terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dunia Islam terdiri daripada banyak sekali pusat canggih kebudayaan dan sains dengan rangkaian meluas perdagangan
  • memeluk Islam dan penyerapan keagamaan dan kebudayaan ini menandakan zaman baru sintesis Mongol - Islam yang membentuk penyebaran lanjut Islam di tengah
  • penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
  • khusus terhadap Islam sahaja, melihat pada sama ada sifat sejarahnya atau pada kepercayaannya dan amalannya. Kritikan terhadap Islam telah wujud sejak