ⓘ Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktivi ..

R. Ramasundran

Kapten Ramassuntran Rengan, juga dikenali sebagai R. Ramasundran merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya dan Jangan Ketawa. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia.

Semang

Orang Semang merupakan kelompok etnik Negrito yang berasal dari Semenanjung Melayu. Mereka terdapat di negeri Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah di Malaysia serta wilayah selatan di Thailand. Orang Semang dicatatkan pernah menduduki Semenanjung Melayu sejak sebelum abad ketiga. Secara etnologi, mereka dihuraikan sebagai masyarakat pemburu-pengumpul yang berpindah-randah. Orang Semang tergolong dalam masyarakat suku Orang Asli. Dalam sejarah, mereka cenderung berdagang dengan masyarakat setempat, tetapi mereka juga dipergunakan, dijarah, diabdikan atau dipaksa membayar ufti oleh bangsa Melay ...

Kelsey Briggs

Kelsey Shelton Smith-Briggs adalah Penderaan kanak-kanak mangsa. Dia meninggal di rumah ibu kandungnya Raye Dawn Smith, dan ayah tirinya Michael Lee Porter. Kematiannya dianggap sebagai pembunuhan. Kelsey telah "diperhatikan" oleh Jabatan Perkhidmatan Manusia Oklahoma

Junainah Johari

Junainah dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Kembangan, Koloni Singapura. Beliau ialah saudara kembar kepada Junaidah Johari. Junainah memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang penyanyi kumpulan Ideal Sisters bersama kakak kembarnya, Junaidah dan ibu saudara mereka, Azizah. Ideal Sisters meraih kejayaan komersial pada 1980-dan terkenal menerusi lagu "Hanya Sekali". Beliau telah menerbitkan dua album studio bersama kumpulan itu sebelum dibubarkan pada 1985. Beliau juga menjadi individu penting dalam syarikat rakaman Luncai Emas yang ditubuhkan pada 1990. Beliau berkahwi ...

Hada Labo

Hada Labo ialah jenama penjagaan kulit Jepun dibangunkan oleh Rohto Pharmaceutical. Jenama ini terkenal dengan produk asid hialuronik, dan menawarkan kantung mesra alam. Produk utama mereka, Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion, merupakan losyen nombor satu di Jepun selama 7 tahun berturut-turut. Dibezakan dari jenama Hada Labo, Hada Labo Tokyo dikilangkan oleh Mentholatum anak syarikat Rohto untuk pasaran Amerika, dengan rumusan, produk dan penjenamaan berbeza.

Samanea

Samanea adalah syarikat multinasional yang membangun dan menguruskan pusat perdagangan berskala besar di seluruh Asia. Ia ditubuhkan pada tahun 2018 dan beribu pejabat di One Raffles Quay, Singapura. Ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan kecil dengan membina gudang penyewa, hotel perniagaan, bangunan pejabat, pusat konvensyen, dan pangsapuri kakitangan di sekitar pusat perdagangan berskala besar.

                                     

ⓘ Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.

                                     

1. Latar belakang

Jabatan Alam Sekitar JAS pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.

                                     

2. Fungsi

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan.

                                     

3. Dasar Alam Sekitar Negara

Dasar Alam Sekitar Negara DASN telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; 1 Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, 2 Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan 3 Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban

DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.



                                     
  • Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia KASA Tulisan Jawi: كمنترين عالم سكيتر دان اءير merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia
  • beberapa projek perumahan dan sub - bandar di sekitar Shah Alam Bunga rasminya ialah bunga Anggerik Renantanda Shah Alam dan burung rasminya pula ialah burung
  • Program Alam Sekitar Pertubuhan PBB UNEP berperanan mengkoordinasikan aktiviti - aktiviti alam sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dengan membantu negara - negara
  • Pemuliharaan Alam Sekitar ialah pertubuhan antarabangsa yang mengkhususkan pemuliharaan sumber semula jadi. Diasaskan pada 1948, dengan ibu pejabatnya di kawasan
  • Jabatan Alam Sekitar JAS tidak meluluskan projek penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hub SULIHH di Yan, Kedah. Laporan kesan alam sekitar EIA
  • Alam Sekitar Malaysia merujuk kepada Biom dan Geologi yang membentuk alam semula jadi di negara Asia Tenggara. Malaysia merupakan Negara megadiversiti
  • dan Alam Sekitar yang ditubuhkan selepas pengumuman penyusunan semula kabinet baru YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Satu kombinasi jabatan daripada
  • berintegriti dan reliable dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan
  • pecah. Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kira - kira 9, 000 orang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan di Shah Alam yang melibatkan kira - kira
  • operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam Pada peringkat awal pelancaran, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan pada keluasan