ⓘ Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 merupakan acara tahunan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ini diadakan pada 10 Julai 2010.Pelbagai acara diatur bag ..

                                     

ⓘ Festival Muzik Kuala Lumpur 2010

Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 merupakan acara tahunan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ini diadakan pada 10 Julai 2010.Pelbagai acara diatur bagi menarik pengunjung tempatan dan pelancong asing. Temanya ialah "Muzik Merentasi Sempadan".

                                     

1. Festival Muzik Kuala Lumpur

Hampir 100 penggiat seni muzik tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai kelainan ditampilkan. Antaranya ialah muzikal "Nanta Cooki" yang berkonsepkan persembahan muzik komik tanpa dialog yang menggabungkan peralatan perkusi tradisi Korea yang dikenali sebagai Samulnori, pergerakan akrobatik dan drama muzikal.

  • "Konsert Dir.Suara 1Malaysia" di Life Centre yang memberi penghargaan istimewa kepada penyanyi tersohor Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
  • Konsert Ratu Rock Ella dan Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya selama dua hari 1-2 Julai 2010.
  • Drama muzikal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23-24 Julai.
  • Konsert Gambus di Panggung Anniversari Taman Tasik Perdana selama dua hari 3, 4 dan 5 Julai 2010 dengan penyanyi undangan Ito Blues Gang dan Anna Rafali.
  • Konsert Hujan Vs Bunkface di Life Centre selama dua hari 10-11 Julai 2010
  • Konsert Akhir Rentak Juara RTM di Panggung Anniversari pada 17 Julai 2010.
  • Konsert "Zainal 31st Green Aniversary" di Menara KL pada 31 Julai 2010.
                                     

2. Konsert Alam

Konsert Alam diadakan Zoo Negara pada 10 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga 3 petang.Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Datuk Norliza Rofli menyatakan konsert muzik itu berorientasikan alam semulajadi dalam usaha menerapkan masyarakat mencintai alam. Ia menampilkan penyanyi Zainal Abidin, kumpulan muzik Indie, kumpulan muzik Orang Asli dan kumpulan muzik tradisional.