ⓘ Matthias Gelber dianggap sebagai orang hijau. Beliau dianugerahkan Manusia Paling Hijau Dunia pada tahun 2008 kerana usaha memulihara alam sekitar, cabaran meng ..

                                     

ⓘ Matthias Gelber

Matthias Gelber dianggap sebagai orang hijau. Beliau dianugerahkan Manusia Paling Hijau Dunia pada tahun 2008 kerana usaha memulihara alam sekitar, cabaran mengajak masyarakat memulihara alam.

                                     

1. Gaya hidup hijau

Harapannya agar masyarakat dunia mensasarkan mengeluarkan 7.0 tan karbon dioksida CO2.Kehilangan hutan merupakan fenomena terkini. Industri yang masuk beroperasi semakin banyak melepaskan karbon tanpa memberi apa-apa kebaikan kepada bumi dan alam sekitar.

Dia sendiri tidak mempunyai kenderaan sendiri, jarang menggunakan pendingin hawa serta tenaga elektrik. Beliau buka tingkap dan biarkan udara masuk. Sudah tentu hujan akan memberi masalah tetapi ini tidak menyusahkan. Bil setiap bulan adalah meter bacaan pelepasan karbon.

Malaysia beruntung kerana mempunyai banyak paya atau hutan tanah gambut. Hutan tanah gambut mampu menyedut banyak karbon, sehingga 10 kali ganda dibandingkan hutan biasa. Oleh itu rakyat Malaysia hendaklah memastikan kemampanannya.