ⓘ Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang seka ..

Arteri paru-paru

Arteri paru-paru membawa darah ternyahoksigen dari jantung ke paru-paru. Arteri ini merupakan salah satu arteri yang membawa darah ternyahoksigen.

Lemak haiwan

Lemak binatang didapati daripada pelbagai sumber haiwan, termasuk: lemak ayam lemak ikan kod minyak sapi lemak lembu lemak ikan paus lemak babi Di dalam pemakanan haiwan - di mana kawasan yang mana sakit jantung adalah sebab kematian yang lebih kebiasaannya daripada kebuluran - lemak binatang animal biasanya dianggap sebagai tidak sihat oleh kerana hubungannya dengan kolesterol yang mana aras kandungannya di dalam badan adalah sangat tinggi. Lemak haiwan mempunyai lemak tepu satu komponen besar dalam lemak merangsang penghasilan kolestrol dalam badan, oleh itu lemak binatang memberi sumban ...

Sakit dada pada kanak-kanak

Sakit dada pada golongan kanak-kanak ialah kesakitan yang dirasakan oada bahagian dada oleh bayi, kanak-kanak dan remaja. Dalam kebanyakan kes, sakit dada tidak berkaitan dengan jantung. Ia dikenalpasti melalui pemerhatian dan komunikasi antara kanak-kanak dan kedua ibu bapa atau penjaga. Sakit dada ialah perkara tidak luar biasa yang berlaku pada kanak-kanak. Banyak kanak-kanak dapat dilihat di klinik, jabatan kecemasan, hospital serta klinik kardiologi. Selalunya, terdapat sebab yang tidak menyenangkan bagi kanak-kanak. Beberapa mempunyai keadaan yang serius dan mungkin dapat mengancam n ...

Klemen Tinal

Klemen Tinal, S.E., M.M. ialah seorang ahli politik Indonesia yang pernah berkhidmat sebagai Naib Gabenor Papua sejak 5 September 2018 sehingga beliau meninggal dunia. Sebelumnya, beliau menjabat sebagai Bupati Mimika selama dua penggal sejak 2001 hingga 2006 dan 2008 hingga 2013. Klemen ialah anak dari seorang pendeta terkenal Papua, yaitu Alm. pdt. Abdiel Tinal, S.Th sekaligus adik-beradik sesama Trifena M. Tinal.

Hiponatremia

Hiponatremia ialah kepekatan natrium yang rendah dalam darah. Umumnya didefinisikan sebagai kepekatan natrium kurang dari 135 mmol/L, dengan hiponatremia teruk berada di bawah 120 mEq/L. Gejala boleh hilang, ringan atau teruk. Gejala ringan termasuk penurunan kemampuan berfikir, sakit kepala, mual, dan keseimbangan yang buruk. Gejala yang teruk termasuk kekeliruan, sawan, dan koma. Penyebab hiponatremia biasanya dikelaskan berdasarkan status bendalir badan seseorang menjadi isipadu rendah, isipadu normal, atau isipadu tinggi. Hiponatremia dengan jumlah rendah boleh berlaku akibat diarea, m ...

House (siri TV)

House, juga dikenali sebagai House, M.D., ialah siri televisyen Amerika Syarikat yang disiarkan di FOX Network dari 2004 hingga 2012. Siri ini dibintangi oleh Hugh Laurie sebagai Dr. House, seorang doktor di klinik yang membongkar pelbagai kes aneh.

                                     

ⓘ Jantung

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

                                     

1. Struktur

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada sternum. Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Dinding otot yang tebal septum membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior vena cava dan vena kava inferior vena cava. Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium pericardium, lapisan tengah dipanggil myokardium myocardium, dan lapisan terdalam dipanggil endokardium endocardium. Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium luar dan serous pericardium dalam. Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.

Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

                                     

2. Kitar kardiak

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" atrial systole, "sistol ventrikel" ventricular systole dan "diastol kardiak sepenuhnya" complete cardiac diastole. Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular atrioventricular valves akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit semilunar valves terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.

Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular bunyi pertama - Lubb dan penutupan injap sabit bunyi kedua - Dupp.

                                     

3. Aturan kitar kardiak

Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan rangsangan sama ada sedar atau reflex, rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.

Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His bundle of His di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.

Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztek yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.



                                     

4. Penyakit dan rawatan

Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:

  • Arrhythmia kardiak cardiac arrhythmia adalah ketidaktentuan degupan jantung.
  • Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
  • Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
  • Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
  • Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.

Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas arteri koronari coronary artery bypass surgery atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty.

Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida NO digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari.

Perentak jantung buatan artificial pacemaker diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap arrhythmia.

Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau kegagalan jantung tahap akhir.

                                     

5. Pautan luar

  • Lebih lanjut mengenai jantung.
  • Yayasan Jantung Indonesia
  • Yayasan Jantung Malaysia
  • Institut Jantung Negara Malaysia