ⓘ Matematik gunaan ialah satu cabang matematik yang berkaitan dengan teknik matematik yang digunakan dalam aplikasi ilmu matematik untuk domain yang lain. ..

                                     

ⓘ Matematik gunaan

Matematik gunaan ialah satu cabang matematik yang berkaitan dengan teknik matematik yang digunakan dalam aplikasi ilmu matematik untuk domain yang lain.

                                     

1. Pembahagian

Tiada kesepakatan di kalangan ahli matematik mengenai cabang-cabang matematik gunaan. Pengkategoriannya menjadi sukar kerana perubahan dalam matematik dan sains yang berlaku sepanjang masa, dan perbezaan dalam pengaturan jabatan, kursus dan ijazah di universiti-universiti.

Dari segi sejarah, matematik gunaan secara asasnya terdiri daripada analisis gunaan, terutamanya persamaan pembezaan;teori penghampiran ; dan kebarangkalian gunaan. Bidang-bidang ini sangat berkait rapat dengan pembangunan fizik Newton, dan hakikatnya ahli matematik dan ahli fizik tidak dibezakan dengan ketara sebelum abad ke-19. Sejarah ini meninggalkan satu legasi: sehingga awal kurun ke-20, subjek seperti mekanik klasik sering diajar di jabatan matematik gunaan di universiti-universiti Amerika, tidak di jabatan fizik, dan mekanik bendalir masih diajar di jabatan matematik gunaan. Mengikut tradisi, fizik, kejuruteraan dan sains komputer mengaplikasikan matematik gunaan.

Kini, istilah matematik gunaan digunakan dalam makna yang lebih luas. Ia termasuk bidang klasik seperti di atas, dan juga bidang yang lain yang telah menjadi sangat penting dalam aplikasi. Sehingga bidang seperti teori nombor yang sebenarnya sebahagian dari matematik tulen, kini telah menjadi penting dalam aplikasi seperti kriptografi, walaupun ia umumnya tidak dianggap sebahagian matematik gunaan per se. Kadangkala istilah matematik gunaan diguna untuk membezakan antara matematik gunaan tradisional yang dibangunkan bersama fizik dan banyak bidang matematik yang lain yang boleh diaplikasi ke dalam masalah dunia sebenar hari ini.

Ramai ahli matematik membezakan antara matematik gunaan yang berkaitan dengan kaedah matematik, dengan aplikasi matematik di dalam sains dan kejuruteraan. Seorang ahli biologi yang menggunakan model populasi dan mengaplikasi matematik, mungkin tidak melakukan matematik gunaan, tetapi hanya menggunakannya; tetapi ahli biologi matematik telah menghasilkan masalah-masalah yang menstimulasikan pembangunan matematik gunaan. Bagaimanapun, ahli matematik seperti Poincaré dan Arnold menafikan kewujudan "matematik gunaan" dan mendakwa yang wujud hanyalah "aplikasi matematik"; sepertimana bukan ahli matematik yang mencampur adukkan matematik gunaan dengan aplikasi matematik. Penggunaan dan pembangunan matematik untuk menyelesaikan masalah industri juga disebut "matematik industri".

Kejayaan kaedah matematik angka moden dan perisian telah mencetus kemunculan matematik berkomputer, sains berkomputer, dan kejuruteraan berkomputer, yang menggunakan Pengkomputeran Prestasi Tinggi untuk simulasi fenomena dan penyelesaian masalah dalam sains dan kejuruteraan. Ini sering dianggap disiplin-disiplin antara disiplin.

                                     

2. Sains matematik berkaitan yang lain

Matematik gunaan sangat berkait rapat dengan sains matematik yang lain.

Sains komputer

Sains komputer bergantung kepada logik, algebra dan kombinatorik.

Penyelidikan operasi dan sains pengurusan

Penyelidikan operasi dan sains pengurusan sering diajar di fakulti kejuruteraan, perniagaan, dan polisi awam.

Sains aktuari

Sains aktuari menggunakan kebarangkalian, statistik dan teori ekonomi.

                                     

2.1. Sains matematik berkaitan yang lain Pengkomputeran saintifik

Pengkomputeran saintifik termasuk matematik gunaan terutamanya analisis angka, sains pengkomputeran khususnya pengkomputeran prestasi tinggi dan pemodelan matematik dalam disiplin saintifik.

                                     

2.2. Sains matematik berkaitan yang lain Penyelidikan operasi dan sains pengurusan

Penyelidikan operasi dan sains pengurusan sering diajar di fakulti kejuruteraan, perniagaan, dan polisi awam.

                                     

2.3. Sains matematik berkaitan yang lain Statistik

Matematik gunaan memiliki beberapa pertindihan dengan disiplin statistik. Ahli teori statistik mengkaji dan menambah baik prosedur statistik menggunakan matematik, dan penyelidikan statistik sering membangkitkan persoalan matematik. Teori statistik bergantung kepada teori kebarangkalian dan keputusan, dan banyak menggunakan pengkomputeran saintifik, analisis, dan pengoptimuman: untuk reka bentuk eksperimen, ahli statistik menggunakan algebra dan bentuk kombinatorik. Ahli matematik gunaan dan ahli statistik sering bekerja di dalam jabatan sains matematik khususnya di kolej dan universiti kecil.

                                     

2.4. Sains matematik berkaitan yang lain Sains aktuari

Sains aktuari menggunakan kebarangkalian, statistik dan teori ekonomi.



                                     

2.5. Sains matematik berkaitan yang lain Disiplin lain

Garis perbezaan antara matematik gunaan dan aplikasi bidang saintifik sering kabur. Banyak universiti mengajar kursus matematik dan statistik di luar jabatan yang sepatutnya, terutamanya di jabatan ekonomi, perniagaan, kejuruteraan, fizik, kima, psikologi, biologi, sains komputer, dan fizik matematik.

                                     

3. Pautan luar

  • The Society for Industrial and Applied Mathematics SIAM ialah persatuan profesional yang mempromosikan interaksi antara matematik dan komuniti saintifik dan teknikal yang lain. Selain dari menganjur dan menaja banyak persidangan, ia juga merupakan penerbit untuk jurnal-jurnal penyelidikan dan buku-buku dalam matematik gunaan.
                                     
  • matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah
  • pengiraan muncul sebagai bahagian berasingan dari matematik gunaan sejak tahun 1950an. Kini, matematik pengiraan boleh merujuk kepada atau termasuk: Sains
  • Yunani purba adalah antara yang pertama membezakan antara matematik tulen dan matematik gunaan Plato membantu menetapkan jurang antara aritmetik sekarang
  • Matematik kewangan adalah cabang matematik gunaan berkenaan dengan pasaran kewangan. Tajuk ini mempunyai perhubungan rapat dengan disiplin ekonomi kewangan
  • Matematik diskret ialah satu bidang yang mengkaji struktur matematik yang bersifat diskret, iaitu yang saling tidak berhubungan tidak selanjar Jika
  • Fizik matematik ialah satu disiplin saintifik yang membangunkan kaedah matematik untuk aplikasi ke dalam masalah - masalah fizik. Tiada kesepakatan sebenar
  • Analisis Matematik atau dikenali juga dengan istilah ringkas analisis oleh ahli matematik berasal daripada rumusan rapi kalkulus infinitesimal. Ia
  • Logik Matematik juga dikenali sebagai logik simbolik ialah sub - bidang matematik yang berkait rapat dengan sains komputer dan logik falsafah. Bidang
  • Matematik Oxford termasuk kedua - dua matematik tulen dan gunaan statistik adalah jabatan yang berasingan dan merupakan salah satu jabatan matematik terbesar
  • garis masa matematik untuk garis masa peristiwa - peristiwa matematik Lihat senarai ahli matematik untuk sebuah senarai biografi ahli matematik Perkataan
  • Tatatanda matematik ialah satu sistem perwakilan bersimbol untuk objek - objek dan idea - idea matematik Tatatanda matematik digunakan dalam matematik sains
  • Matematik di China muncul secara berdikari pada abad ke - 11 SM Orang China telah mengembangkan secara berdikari nombor yang sangat besar dan negatif