ⓘ Kelimpahan semula jadi. Dalam kimia, kelimpahan semula jadi merujuk kepada kelimpahan isotop-isotop sesuatu unsur kimia yang secara semula jadi boleh ditemui di ..

                                     

ⓘ Kelimpahan semula jadi

Dalam kimia, kelimpahan semula jadi merujuk kepada kelimpahan isotop-isotop sesuatu unsur kimia yang secara semula jadi boleh ditemui di satu planet. Jisim atom relatif isotop-isotop ini ialah berat atom satu unsur kimia seperti yang ditulis dalam jadual berkala. Kelimpahan isotop berbeza dari planet ke planet, malah juga dari tempat ke tempat di Bumi, namun tetap malar setiap masa.

Sebagai contoh, uranium mempunyai tiga isotop yang terhasil secara semula jadi: 238 U, 235 U dan 234 U. Kelimpahan semula jadi masing-masing berjulat di antara 99.2739 - 99.2752%, 0.7198 - 0.7202%, dan 0.0050 - 0.0059%. Andainya 100.000 atom uranium dianalisa, seseorang boleh mengagak terdapat kira-kira 99.275 atom 238 U, 720 atom 235 U, dan hanya 5 atau 6 atom 234 U. Ini kerana 238 U adalah jauh lebih stabil daripada 235 U ataupun 234 U, dan ini boleh dibuktikan dengan separuh hayat setiap isotop: 4.4468×10 9 tahun untuk 238 U berbanding dengan 7.038×10 8 bagi 235 U dan 245.500 tahun untuk 234 U. Namun, kelimpahan semula jadi sesuatu isotop juga dipengaruhi oleh kemungkinan penciptaannya dalam sintesis nuklear seperti dalam kes samarium; 147 Sm dan 148 Sm yang radioaktif lebih banyak dalam alam semula jadi daripada 144 Sm yang stabil dan juga oleh penghasilan sesuatu isotop melalui isotop semula jadi radioaktif seperti dalam kes isotop plumbum radiogenik.

                                     

1. Sisihan daripada kelimpahan semula jadi

Daripada kajian tentang Matahari dan meteorit-meteorit primitif, kini telah diketahui bahawa sistem suria pada asalnya mempunyai komposisi isotop yang hampir homogen. Sisihan daripada purata galaktik yang berubah yang disampel secara tempatan sekitar masa ketika pembakaran nuklear Matahari bermula, boleh secara umum diambil kira dengan pemeringkatan jisim lihat rencana berkenaan pemeringkatan jisim bebas dan sejumlah terhad pereputan nuklear dan proses-proses transmutasi. Terdapat juga bukti penyuntikan isotop-isotop berjangka hayat pendek kini pupus daripada letupan supernova berdekatan yang mungkin telah memulakan keruntuhan nebula matahari. Oleh itu, sisihan daripada kelimpahan semula jadi di bumi biasanya dinyatakan dalam bahagian per seribu permil atau ‰ kerana ia kurang daripada satu peratus %.

Satu pengecualian bagi ini terletak di dalam butiran pramatahari yang ditemui dalam meteorit primitif. Ia telah melangkau proses penghomogenan, dan selalunya membawa tanda nuklear proses-proses sintesis nuklear tertentu yang membentuk unsur-unsur butiran ini. Dalam bahan-bahan ini, sisihan daripada kelimpahan semula jadi kadangkala diukur dalam faktor 100.

                                     
  • penghasilan teori sintesis nuklear ialah perbezaan dalam kelimpahan unsur kimia dalam alam semesta. Kelimpahan ini, apabila diplotkan di atas graf sebagai fungsi
  • kelogaman di rantau HII di bawah Nisbah kelimpahan ini ditakrifkan sebagai logaritma bagi nisbah kelimpahan zat besi bintang berbanding dengan Matahari
  • henti ketika musim tengkujuh. Kesan dari hujan yang lebat itulah terjadinya limpahan air di kawasan sungai kecil tersebut dan bertakung di beberapa kawasan
  • Myanmar, Nepal dan Cambodia. Sesetengah penduduk menerima limpah rahmat ini dengan menjadi pemandu mereka apabila mereka ingin membeli belah barangan
  • Vietnam. 1985 - Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus gambar menyebabkan limpahan lahar yang menenggelamkan Armero, Colombia, mengorbankan kira - kira 23, 000
  • menjadikan torium sebagai salah satu unsur berat yang paling banyak. Galian monazit ialah sumber komersial torium utama disebabkan oleh kelimpahan monazit
  • Tamil bererti melimpah - ruah. Susu lembu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah ruah. Thaiponggal
  • terdapat pada kejadian alam pertengkaran antara orang - orang yang sesat dan pengikut mereka di neraka nikmat - nikmat yang dilimpahkan kepada penduduk
  • Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan
  • sebuah pekan yang kecil yang dilihat agak ketinggalan daripada menerima limpahan pembangunan berbanding pekan - pekan lain di daerah ini. Namun kedudukannya
  • 3p kosong. Kalsium tidak biasa dijumpai dalam bentuk unsurnya secara semula jadi Ia biasanya ditemui dalam batu - batu mendapan seperti batu kapur, gipsum