ⓘ Matematik diskret ialah satu bidang yang mengkaji struktur matematik yang bersifat diskret, iaitu yang saling tidak berhubungan. Jika dibandingkan dengan nombor ..

                                     

ⓘ Matematik diskret

Matematik diskret ialah satu bidang yang mengkaji struktur matematik yang bersifat diskret, iaitu yang saling tidak berhubungan. Jika dibandingkan dengan nombor nyata yang memiliki sifat yang berubah-ubah secara "lancar", objek yang dikaji dalam matematik diskret - seperti integer, graf, dan pernyataan dalam logik - tidak berubah secara lancar, tetapi memiliki nilai yang berbeza dan berasingan. Oleh itu, matematik diskret tidak membincangkan topik-topik di dalam "matematik selanjar" seperti kalkulus dan analisis matematik. Objek diskret sering boleh diangkakan dengan integer. Secara formal, matematik diskret telah disifatkan sebagai salah satu cabang matematik yang membincangkan set boleh bilang. Bagaimanapun, tidak terdapat definisi sebenar yang diterima secara universal untuk istilah "matematik diskret". Sememangnya, matematik diskret kurang diterangkan oleh apa yang terkandung dalamnya, berbanding oleh apa yang di luarnya; dan sentiasa berubah-ubah dalam kuantiti dan tanggapan berkaitan.

Set objek yang dikaji dalam matematik diskret boleh jadi terhingga atau tak terhingga. Istilah matematik terhingga kadang-kadang diaplikasikan ke dalam sebahagian bidang matematik diskret yang berkaitan dengan set terhingga, terutamanya bidang yang berkaitan perniagaan.

Kajian dalam matematik diskret berkembang pesat selepas pertengahan kurun ke-20, hasil pembangunan teknologi komputer yang mampu beroperasi dalam langkah diskret dan menympan data dalam bit yang diskret. Konsep dan tanggapan dari matematik diskret adalah berguna dalam mengkaji dan menerangkan objek dan masalah dalam cabang-cabang dalam sains komputer, seperti algoritma komputer, bahasa pengaturcaraan, kriptografi, pembuktian teorem automatik dan pembangunan perisian. Sebaliknya, implementasi komputer adalah penting dalam mengaplikasi idea dari matematik diskret kepada masalah dunia sebenar.

Walaupun objek utama dalam matematik diskret ialah objek diskret, kaedah analisis dari matematik selanjar juga biasa digunakan.

                                     

1. Topik di dalam matematik diskret

  • Kebarangkalian
  • Logik
  • Kombinatorik
  • Geometri diskret dan geometri pengiraan
  • Teori permainan, teori keputusan, teori utiliti, teori pilihan sosial
  • Teori graf
  • Analog diskret matematik selanjar
  • Pendiskretan
  • Teori set
  • Teori nombor
  • Algebra
  • Penyelidikan operasi
  • Teori maklumat
  • Diskret hibrib dan matematik selanjar
  • sains komputer teori
  • Kalkulus beza terhingga, kalkulus diskret atau analisis diskret
                                     
  • Buku Struktur Matematik Diskret Untuk Sains Komputer ditulis oleh Jamalludin Talib dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 35.00. Ia diterbitkan
  • geometri digital, geometri pembezaan diskret teori graf geometri, geometri torik dan topologi kombinatorik. Matematik diskret Bezdek, András Kuperberg, W.
  • Dalam ilmu matematik khususnya cabang dinamik matematik masa diskret dan masa selanjar merupakan dua kerangka alternatif di mana dimodelkannya pemboleh
  • dalam pelbagai bidang matematik seperti logik pembuktian teorem automatik matematik diskret pencarian untuk struktur matematik seperti kumpulan teori
  • dan teori bukti, yang berkait rapat dengan sains komputer teori. Matematik diskret adalah nama biasa untuk bidang - bidang yang berguna dalam sains komputer
  • manipulasi simbolik bagi masalah analisis matematik berbeza dengan matematik diskret Antara penulisan matematik yang tertua ialah tablet Babylon yang bertarikh
  • rentetan menjauhi ke satu arah, sementara matematik diskret menariknya kembali ke arah bukti sebagai pusat. Ahli matematik sentiasa memiliki pendapat berlainan
  • Kombinatorik ialah satu cabang matematik yang mengkaji struktur diskret boleh bilang atau terhingga. Antara aspek utama kombinatorik termasuklah membilang
  • Matematik gunaan ialah satu cabang matematik yang berkaitan dengan teknik matematik yang digunakan dalam aplikasi ilmu matematik untuk domain yang lain
  • Analisis Matematik atau dikenali juga dengan istilah ringkas analisis oleh ahli matematik berasal daripada rumusan rapi kalkulus infinitesimal. Ia
  • Fizik matematik ialah satu disiplin saintifik yang membangunkan kaedah matematik untuk aplikasi ke dalam masalah - masalah fizik. Tiada kesepakatan sebenar