ⓘ Kebudayaan Barat, kadang-kadang disamakan dengan tamadun Barat atau tamadun Eropah, memaksudkan kebudayaan yang berasal dari Eropah. Istilah budaya dalam budaya ..

Toronto Blue Jays

Toronto Blue Jays adalah pasukan besbol profesional Kanada yang berpusat di bandar raya Toronto. Pasukan Blue Jays bersaing di Major League Baseball sebagai kelab ahli Divisyen Timur Liga Amerika. Pasukan ini biasanya bermain permainan kandang di stadium Rogers Centre, tetapi menggunakan stadium Sahlen Field di bandar raya Buffalo, New York, di Amerika Syarikat, sebagai rumahnya untuk musim 2020 kerana sekatan sempadan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 di tahun itu. Nama "Blue Jays" berasal dari burung dengan nama yang sama, dan biru juga merupakan warna tradisional pasukan sukan raka ...

Rodnoverye

Rodnoverye adalah anutan paganis baru diamalkan hasil penghidupan semula kepercayaan sejarah orang- orang-orang Slav yang mendiami kawasan-kawasan Eropah Tengah dan Timur dengan pelbagai aliran tersendiri. Gerakan ini mula muncul hasil pengembangan ajaran didatangkan dari pelbagai sumber penulisan abad-abad ke-18 dan ke-19 yang meromantisasikan budaya dan adat lama masyarakat-masyarakat Slav sebelum mereka memeluk agama Kristian, hal ini turut digalakkan insentif seperti pemerintahan Joseph Stalin yang menggalakkan kajian terhadap sejarah kepercayaan mereka serta pendirian persatuan-persat ...

                                     

ⓘ Kebudayaan Barat

Kebudayaan Barat, kadang-kadang disamakan dengan tamadun Barat atau tamadun Eropah, memaksudkan kebudayaan yang berasal dari Eropah.

Istilah budaya dalam budaya Barat digunakan secara umumnya untuk memaksudkan warisan norma sosial, nilai-nilai etika, adat resam, kepercayaan agama, sistem politik, dan artifak-artifak dan teknologi-teknologi tertentu. Secara khususnya, kebudayaan Barat membayangkan yang berikut:

  • Pengaruh kebudayaan Kristian dan Bible dalam pemikiran rohani, adat resam dan tradisi etnik atau moral.
  • pengaruh budaya Klasik Yunani-Rom dan Renaissance, berkenaan tema-tema dan tradisi-tradisi kesenian, falsafah, sastera dan perundangan, kesan sosial kebudayaan zaman penghijrahan dan warisan kelompok-kelompok etnik Celt, Germanik, Romanik, Slavik Barat dan Slavik Selatan yang paling tertumpu di Barat Sloven dan Kroat, Finno-Ugrik, Baltik dan Iberia, di samping tradisi rasionalisme dalam pelbagai lingkungan kehidupan, dikembangkan oleh falsafah keyunanian, skolastisisme, humanisme, Revolusi Sains dan Kesedaran, dan meluasnya hujah-hujah rasional yang menyebelahi pemikiran bebas, hak asasi manusia, kesamarataan dan nilai-nilai demokratik yang berlawanan dengan ketidakrasionalan dan teokrasi, termasuk dalam fahaman politik.

Istilah "budaya barat" juga berkenaan dengan negara-negara yang kuat dipengaruhi oleh penghijarahan dan pendudukan kaum-kaum Eropah dalam sejarah, iaitu benua Amerika, dan Australasia, maka tidak terhad lagi kepada Eropah Barat.

Catatan bersejarah akan kebudayaan barat dalam julat geografi Eropahnya bermula dengan Yunani Kuno, diikuti Rom Kuno, pengkristianan sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, dan pembaharuan dan pemodenan yang bermula dengan Zaman Pembaharuan, selepas itu tersebar ke seluruh dunia oleh empayar-empayar Eropah yang menyebarkan cara hidup dan pendidikan Eropah pada abad-abad ke-16 hingga ke-20. Kebudayaan Eropah berkembang dengan beraneka ragam falsafah, skolastisime dan kebatinan zaman pertengahan, dan humanisme Kristian mahupun sekular. Pemikiran rasional berkembang sepanjang satu zaman perubahan dan pembentukan yang lama dengan eksperimen-eksperimen kesedaran, naturalisme, romantisisme, sains, demokrasi, dan sosialisme. Dengan perhubungan globalnya, kebudayaan Eropah berkembang maju dengan dorongan yang menyeluruh untuk menerima, menyesuaikan, dan penting sekali, mempengaruhi arah aliran budayalain.

Antara kecenderungan yang telah menakrifkan masyarakat Barat moden ialah kewujudan kemajmukan politik, subbudaya atau budaya saingan yang menonjol seperti gerakan Zaman Baru, meningkatnya sinkretisme budaya yang timbul daripada globalisasi dan penghijrahan insan.

                                     

1. Lihat juga

  • Sejarah peradaban Barat
  • Falsafah Barat
  • Agama Barat
  • Globalisasi
  • Zaman Kesedaran
  • Revolusi Perindustrian
  • Kebudayaan Timur
  • Kebudayaan semasa Perang Dingin
  • Pembaratan
  • Dunia Barat
                                     

2. Rujukan

  • Duchesne, Ricardo 2011: The Uniqueness of Western Civilization, Studies in Critical Social Sciences, Vol. 28, Leiden and Boston: Brill,ISBN 978-90-04-19248-5
  • Sailen Debnath, "Secularism: Western and Indian,", ISBN 9788126913664, Atlantic Publishers, New Delhi
  • Jones, Prudence and Pennick, Nigel A History of Pagan Europe Barnes & Noble 1995 ISBN 0-7607-1210-7.
  • Thornton, Bruce 2002: Greek Ways: How the Greeks Created Western Civilization, Encounter Books
  • Stearns, P.N. 2003: Western Civilization in World History, Routledge, New York
  • Hanson, Victor Davis; Heath, John 2001: Who Killed Homer: The Demise of Classical Education and the Recovery of Greek Wisdom, Encounter Books
  • Ankerl, Guy 2000 2000:Coexisting Civilizations: Arabo-Muslim, Bharati, Chinese, and Western. INUPRESS, Geneva,119-244. ISBN 2-88155-004-5
                                     
  • Dunia Barat Orang - orang yang tinggal di Dunia Barat dipanggil Orang Barat Bagi penduduk Timur yang masih menjunjung nilai - nilai tradisional kebudayaan mereka
  • Lingkungan Kebudayaan Asia Timur atau Sinosfera merujuk kepada pengelompokan negara dan kawasan yang dalam sejarah dipengaruhi oleh Budaya China. China
  • Kebudayaan Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula - mulanya China dan Korea
  • mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu
  • berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya juga di kalangan kawasan berbahasa Cina
  • Kebudayaan Vietnam berkembang selama berabad - abad semenjak budaya kuno Dông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan
  • Kebudayaan Islam ialah istilah yang khususnya digunakan dalam akademia sekular untuk memerikan kesemua amalan kebudayaan yang sepunya kepada orang Islam
  • Budaya Yahudi Sekular merangkumi banyak fenomena yang berkait. Terutamanya, ia merupakan kebudayaan komuniti - komuniti Yahudi yang sekular, tetapi ia juga
  • Kebudayaan Singapura Kebudaya Singapura merangkumi unsur - unsur seni, kuliner, sastera, muzik, politik dan sosial yang mewakili Singapura dan Singapura
  • mempunyai berbagai makna, suatu masa termasuk pertimbangan politikal dan kebudayaan baik juga geografikal. Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat
  • Kebudayaan Xinglongwa 6200 5400 SM ialah sebuah kebudayaan Neolitik di timur laut China, yang ditemui tertumpu sekitar sempadan Mongolia Dalam - Liaoning