ⓘ Zon penampan iaitu pemisah di antara semua kawasan rekreasi dan hutan simpan di Johor diwujudkan oleh kerajaan negeri Johor mulai Mac 2002. Menteri Besar Johor, ..

                                     

ⓘ Zon Penampan

Zon penampan iaitu pemisah di antara semua kawasan rekreasi dan hutan simpan di Johor diwujudkan oleh kerajaan negeri Johor mulai Mac 2002. Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman berazam akan merealisasikan Zon Penampan tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar memperuntukkan sebanyak RM100.000 untuk membuat kajian persempadanan tersebut yang dijalankan oleh beberapa pakar geologi dan mineral dari Universiti Teknologi Malaysia.

Zon penampan akan dapat mengekalkan ekosistem dan habitat semula jadi di kawasan hutan seperti kawasan rekreasi Gunung Pulai yang terpaksa ditutup sejak kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur pada 27 Disember 2001.

"Di mana ada kemudahan rekreasi, sewajarnya buffer zone zon penampan ini diwujudkan di mana hutan itu dibersihkan dahulu sama ada untuk kawalan binatang buas atau kesan yang boleh dirasakan secara langsung daripada kawasan hutan.

Jabatan Hutan dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan menyelenggara sungai-sungai di kawasan hutan simpan seluruh negeri supaya tidak ada kayu yang menyekat laluan air yang boleh membentuk empangan.,