ⓘ Dinasti Pertama Babylon. Kronologi dinasti pertama Babylonia masih dibahaskan kerana wujudnya dua senarai Raja Babylon iaitu A dan B. Dalam kronologi ini, Senar ..

                                     

ⓘ Dinasti Pertama Babylon

Kronologi dinasti pertama Babylonia masih dibahaskan kerana wujudnya dua senarai Raja Babylon iaitu A dan B. Dalam kronologi ini, Senarai A dipakai kerana lebih diterima secara meluas. Senarai B pula lebih lama zaman-zaman pemerintahan pada amnya.

                                     

1. Asal-usul Dinasti Pertama

Asal-usul sebenar Dynasti agak sukar ditentukan dengan penuh keyakinan gara-gara Babylon tenggelam dalam aras air bumi yang sungguh dalam, sedikit sekali bahan kaji purba yang masih elok. Oleh itu, sebarang bukti mestilah didatangkan dari kawasan sekeliling serta catatan bertulis. Tidak banyak yang diketahui tentang raja-raja mulai Sumuabum hingga Sin-muballit selain kenyataan bahawa mereka keturunan Amorit, bukan orang Akkad. Yang pasti, wilayah taklukan mereka tidak seberapa luas. Apabila Hammurabi juga seorang Amorit menaiki takhta Babylon, kerajaan ini hanya terdiri daripada beberapa buah bandar di kawasan sekitar, iaitu Dilbat, Sippar, Kish, dan Borsippa. Semenjak Hammurabi naik takhta, kejayaan bala tenteranya membantu empayar Bo meluaskan wilayah. Walaupun demikian, Babylon tetap salah satu tempat terpenting di Mesopotamia, di samping Assyria yang diperintah oleh Shamshi-Adad I, dan Larsa yang diperintah oleh Rim-Sin.

Pada tahun ke-30 pemerintahan Hammurabi, barulah baginda mula memantapkan kedudukan Babylon sebagai pusat sebuah empayar besar. Pada tahun itu, baginda menawan Larsa dari Rim-Sin demi menguasai pusat-pusat bandar Nippur, Ur, Uruk, dan Isin yang lumayan. Pokoknya, Hammurabi menguasai seluruh kawasan selatan Mesopotamia. Satu lagi kuasa politik yang hebat di Mesopotamia pada alaf ke-2 SM ialah Eshnunna yang berjaya ditakluki oleh Hammurabi sekitar tahun 1761 SM. Kerajaan Babylon memanfaatkan laluan-laluan perdagangan yang mantap di Eshnunna serta kestabilan ekonomi yang didatangkannya. Tidak lama kemudian, tentera Hammurabi menawan Assyria satu lagi kuasa ekonomi dan sebahagian Pergunungan Zagros. Pada tahun 1760 SM, Hammurabi akhirnya menawan Mari, kawasan terakhir yang melengkapi seluruh wilayah taklukan yang membentuk Mesopotamia di bawah Dinasti Ketiga Ur pada alaf ke-3 SM.

Batu bersurat Kejora Ammisaduqa turut mendapat perhatian sehingga terbitnya banyak buku mengenainya, tetapi adalah sukar untuk menentukan bila batu-batu bersurat itu dibuat. Yang menyusahkan lagi adalah, tempoh 21 tahun pemerhatian cakerawala Kejora yang terperinci itu belum tentu sezaman dengan zaman pemerintahan Ammisaduqa kerana nama baginda tidak disebut, tetapi sekadar Tahun Takhta Emas. Sesetengah sumber lama berhujah bahawa catatan asal menyebutkan penghijaban Kejora oleh bulan, tetapi ini mungkin tafsiran yang salah. Hasil perhitungan menyokong tahun 1659 SM sebagai kejatuhan Babylon, berasaskan kebarangkalian statistik penentuan tarikh berasaskan pemerhatian Kejora.

Teks mengenai kejatuhan Babylon di tangan Hittite pimpinan Mursilis di akhir pemerintahan Samsuditana yang mengisahkan gerhana berganda adalah penting bagi ketepatan kronologi Babylon. Pasangan gerhana bulan dan matahari berlaku pada bulan Shimanu Sivan. Gerhana bulan berlaku pada 9 Februari 1659 SM, mulai pukul 4:43 hingga 6:47, apabila gerhana itu tidak kelihatan, oleh itu sepadan dengan rekod yang menceritakan bahawa bulan yang terbenam itu masih digerhanai. Gerhana matahari pula berlaku pada 23 Februari 1659 SM, bermula pada pukul 10:26, berkemuncak pada pukul 11:45, dan berakhir pada pukul 13:04.

                                     
  • memberitahu kita Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM bibit mulanya dinasti - dinasti Kota ini mula
  • Tarikh anggaran untuk penggunaan Lembah Raja - raja. 1530 SM - Keakhiran Dinasti Pertama Babylon dan permulaan Dinasti Kassite - sila lihat Sejarah Iraq.
  • penyembuh mangkat sekitar 1750 SM merupakan raja keenam Babylon dalam Dinasti Pertama Babylon mulai 1792 SM hingga 1750 SM kronologi sederhana 1728
  • SM - Keakhiran Dinasti Pertama Babylon dan permulaan Dinasti Kassite - sila lihat Sejarah Iraq. 1525 SM - Keakhiran Dinasti Kelima Belas Mesir. 1512
  • tiga puluh dua dinasti firaun dinasti ini biasanya dibahagikan kepada kerajaan dan tempoh perantaraan Tiga puluh bahagian pertama disusun oleh paderi
  • bagi Empayar Baru Babylon semasa dinasti Chaldea. Beliau memerintah sekitar 605 SM 562 SM, pemerintahan raja empayar baru Babylon paling lama. Berdasarkan
  • Taharqa, raja Dinasti Kedua Puluh Lima, naik takhta Mesir tarikh anggaran 689 SM - Raja Sennacherib dari Assyria menjarah Babylon 687 SM - Gyges
  • keakhiran Dinasti Kedua Puluh Enam, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh Enam. 522 SM - Smerdis mewarisi Cambyses II sebagai raja Parsi. 522 SM - Babylon memberontak
  • yang merupakan penyerang pelaut dari Laut Mediterranean. Dinasti ke - 2 Babylon Penghijrahan pertama orang - orang Bantu dari Afrika Barat. Orang - orang Cushite
  • Shulgi dari Babylon menurut mereka yang mengikut kronologi panjang. 2130 SM - Mesir: Keakhiran Dinasti Kesembilan, dan permulaan Dinasti Kesepuluh. Perang - perang