ⓘ March dan mark merujuk kepada wilayah sempadan, misalnya Welsh Marches, daerah sempadan di antara England dan Wales. Berbeza dengan zon penampan bebas tentera, ..

Bilionair

Bilionair di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan bilangan skala pendek ialah seseorang yang memiliki nilai bersih sekurang-kurangnya satu bilion unit matawang tertentu, biasanya matawang utama seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro atau Pound sterling. Selain itu, seorang senti-bilionair ialah seorang bilionair seratus bilion dolar, yang pertama kali dicapai pada 2017 oleh Jeff Bezos, pengasas Amazon, dengan nilai bersih $ 112 bilion dalam laporan yang dikeluarkan pada awal 2018. Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes setiap tahun membuat senarai global bilionair Amerika Syar ...

Skala panjang dan pendek

Skala panjang dan pendek ialah dua dari beberapa sistem penamaan bilangan besar untuk bilangan bulat pangkat 10, yang menggunakan kata-kata yang sama dengan makna yang berbeza-beza. Untuk bilangan bulat kurang dari seribu juta < 10 9 dua skala tersebut identik sama. Untuk bilangan sama dengan dan lebih dari seribu juta ≥ 10 9 dua skala tersebut terbahagi/berbeza. Kedua skala tersebut menggunakan kata-kata atau penamaan yang sama untuk nombor yang berbeza; hal ini sering menyebabkan salah faham. Negara-negara yang menggunakan skala panjang pada masa kini termasuk sebahagian besar negara- ...

                                     

ⓘ March

March dan mark merujuk kepada wilayah sempadan, misalnya Welsh Marches, daerah sempadan di antara England dan Wales.

Berbeza dengan zon penampan bebas tentera, march boleh dikuasai oleh sebuah negara tunggal dan dikubui demi mempertahankannya daripada negara berjiran. Walaupun ia biasanya mempunyai keluasan yang lebih kurang sama dengan kaunti, ia dibezakan daripada kaunti biasa kerana kedudukannya yang lebih penting di sempadan sesebuah negara berdaulat. Setiap march diperintah oleh seorang marquis atau seorang bangsawan yang memiliki gelaran yang sepadan di negara-negara Eropah yang lain. Sebagai perbandingan, kaunti biasa diperintah oleh seorang count.

Gambaran tentang keberbahayaan kawasan march di mana writ raja tidak dapat berkuasa, berbeza dengan keadaan di dewan atau istananya, telah dibayangkan oleh puisi, Beowulf, berkenaan dengan sekeping tanah paya di tepi tasik yang dikuasai oleh raksasa Grendel: the fell and fen his fastness was, the march his haunt yang lebih kurang berbunyi "bukit dan tanah paya kubunya, march itu tempat tumpuannya".

                                     

1. Etimologi

Kedua-dua perkataan Frank, marka, dan perkataan bahasa Inggeris Lama, mearc, berasal daripada perkataan Proto-Germanik, *marko, yang pada dirinya berasal daripada kata dasar Proto-Indo-Eropah, * mereg-, yang membawa pengertian, "pinggir, sempadan". Kata dasar * mereg- pula menghasilkan:

  • perkataan Latin, margo "pinggir"
  • perkataan mörk "daerah sempadan, hutan".
  • perkataan Norse, merki "sempadan, tanda"
  • perkataan Ireland Lama, mruig "daerah sempadan"
  • perkataan Ukraine, межа "sempadan", "pinggir"
  • perkataan Parsi, marz "sempadan, tanah"
  • perkataan Armenia, marz "sempadan, tanah"

Perkataan Inggeris Lama, "mark", kelihatan bermaksud "sempadan" atau "tanda sempadan" yang kemudian berkembang menjadi "tanda secara umum" lalu menjadi "tanggapan atau kesan yang membentuk sesuatu tanda". Perkataan "march" dalam erti kata "daerah sempadan" dipinjam daripada perkataan Perancis, marche, yang dipinjam pula daripada bahasa Frank. Sebaliknya, perkataan "mark" dalam erti kata "daerah sempadan" merupakan suatu pinjaman moden daripada Mark Jerman, singkatan untuk perkataan Markgrafschaft.

Nama "Denmark" mengekalkan kata seasal bahasa Norse Lama, merki "sempadan", mörk "hutan kecil", "hutan", sehingga hari ini.