ⓘ Negrito merupakan gelaran am bagi pelbagai kelompok etnik yang mendiami kawasan-kawasan terpencil di Asia Tenggara dan Kepulauan Andaman. Populasi kini termasuk ..

                                     

ⓘ Negrito

Negrito merupakan gelaran am bagi pelbagai kelompok etnik yang mendiami kawasan-kawasan terpencil di Asia Tenggara dan Kepulauan Andaman. Populasi kini termasuk orang Andaman di Kepulauan Andaman, Semang di Semenanjung Malaysia, Orang Maniq dari Thailand Selatan, dan juga Aeta dari Luzon, Ati dan Tumandok dari Panay Island, Agta dari Sierra Madre, dan Mamanwa dari Mindanao, dan kira-kira 30 lagi kelompok etnik yang diperakui di Filipina.

Berdasarkan persamaan fizikal, orang Negrito pernah dianggap sebagai satu populasi sepertalian darah. Beberapa hasil kajian berpendapat bahawa mereka mencakupi beberapa kelompok berbeza, di samping menunjukkan bahawa mereka tiada pertalian rapat dengan Pigmi Afrika, sementara kajian-kajian terbaharu menemui bukti pertalian genetik yang rapat sesama pelbagai kelompok Negrito. Populasi Negrito pra-Neolitik di Asia Tenggara rata-ratanya diganti perluasan populasi Eurasia Timur Selatan yang bermula sekitar 3000 SM.

Menurut sejarah, mereka berdagang dengan populasi tempatan yang akhirnya menjajah penempatan mereka dan mereka juga tertakluk kepada pengabdian dan penghantaran ufti kepada kerajaan-kerajaan Asia Tenggara. Orang Negrito yang kerdil dari hutan-hutan selatan juga diabdikan dan dipergunakan dari 724 Masihi hingga zaman moden. Ada yang hidup terpencil dan ada juga yang berasimilasi dengan populasi am setempat.

                                     

1. Etimologi

Perkataan Negrito dalam bahasa Sepanyol bermaksud "orang hitam kecil." Gelaran ini mula dipakai oleh mubaligh Sepanyol di Filipina pada abad ke-16, lalu diserap oleh lain-lain pengembara dan kolonialis Eropah di seluruh rantau Austronesia untuk melabelkan pelbagai kaum yang dilihat berkongsi ciri-ciri susuk badan pendek dan kulit gelap. Kesesuaian gelaran am "Negrito" untuk menyatukan pelbagai etnik berdasarkan kesamaan susuk badan dan warna kulit pernah dipertikaikan.

                                     

2. Budaya

Kebanyakan suku Negrito hidup sebagai pemburu-pengumpul, dan ada juga yang mengamalkan pertanian. Kebanyakan suku Negrito masa kini hidup berasimilasi dengan populasi majoriti tanah asal mereka. Mereka sering berdepan dengan diskriminasi dan kemiskinan.

                                     

3.1. Asal-usul Haplogrup

Haplogrup baka utama Negrito ialah K2b dalam bentuk klad primer nadirnya K2b1* dan P* juga dikenali sebagai K2b2* atau P-P295*. Kebanyakan lelaki Aeta 60% membawa K-P397 K2b1 yang jarang terdapat di kalangan kaum-kaum lain Filipina dan amat berkait rapat dengan suku-suku pribumi Melanesia dan Mikronesia. Haplogrup P* dasar jarang ditemui di luar suku Aeta dan beberapa lagi suku di dalam rantau Asia Tenggara Maritim.

Sesetengah populasi Negrito adalah Haplogrup D-M174*, iaitu satu cabang D-M174 di kalangan suku Kepulauan Andaman, dan juga Haplogrup O-P31 yang juga umum ditemui di kalangan Negrito yang bertutur dalam bahasa-bahasa Austroasiatik seperti Maniq dan Semang di Malaysia. Suku Onge dan semua suku Kepulauan Adamanan hanya tergolong dalam Haplogrup mitokondrion M keturunan haplogrup DNA L3 yang lazimnya ditemui di Afrika. Haplogrup M juga merupakan tanda persamaan utama puak-puak Negrito lain dari Thailand dan Malaysia dan juga Pribumi Australia and Papua. Hasil dapatan tadi disahkan oleh analisis mtDNA yang diwarisi dari sebelah saka sahaja. Kesemua orang Onge tergolong dalam mDNA M yang hanya terdapat pada suku Onge. M merupakan haplogrup mtDNA yang paling umum didapati di Asia.

Kajian yang dilakukan oleh Anthropological Survey of India dan Texas Biomedical Research Institute pada tahun 2009 mengenal pasti tujuh genom daripada 26 "suku relik" terpencil dari tanah besar India, misalnya suku Baiga, yang berkongsi "dua polimorfisme bersinonim dengan haplogrup M42 yang khusus kepada Pribumi Australia". Ini merupakan mutasi mtDNA spesifik yang hanya dikongsi antara pribumi Australia dan suku-suku India tersebut, dan tiada lagi kelompok manusia yang lain.

Bulbeck 2013 menunjukkan bahawa mtDNA saka Andaman adalah Haplogrup mitokondrion M sepenuhnya. Super-haplogrup M bertaburan di seluruh Asia, di mana ia mewakili 60% daripada semua keturunan saka. Y-DNA mereka tergolong dalam haplogrup D yang hanya terdapat di Asia Tengah, Jepun dan Tibet di luar Kepulauan Andaman.



                                     

3.2. Asal-usul Asal-usul dan hubungan etnik

Kajian terhadap sistem kumpulan darah manusia dan protein pada 1950-an membayangkan bahawa orang Andaman lebih rapat pertalian dengan orang Oseanik berbanding pigmi Afrika. Kajian genetik terhadap Negrito Filipina berasaskan enzim darah dan antigen menunjukkan bahawa mereka serupa dengan populasi sekeliling.

Orang Negrito mungkin diturunkan dari penduduk terawal Asia Selatan dan Tenggara. Biarpun terpencil, sukunya yang berbagai-bagai berkongsi persamaan genetik dengan populasi jiran. Juga terdapat variasi fenotip anatomi relevan yang memerlukan penjelasan.

Perkara ini sering ditafsirkan seolah-olah Negrito merupakan peninggalan dari perluasan asal manusia dari Afrika kira-kira 70.000 tahun dahulu. Hasil kajian osteologi ke atas bentuk tengkorak dan morfologi gigi telah mengaitkan Semang dengan populasi Australoid, orang Andaman dikaitkan dengan orang Afrika dari segi kraniometri ukuran tengkorak dan orang Asia Selatan dari segi bentuk gigi, dan Negrito Filipina pula dengan orang Asia Tenggara. Kesimpulan barangkalinya bahawa penyebaran mitokondrion haplogrup B4a1a berkaitan dengan perbezaan antara Negrito Filipina dan Negrito lain. Akan tetapi, satu lagi kajian membayangkan bahawa suku Onge yang berasal dari Andaman Kecil lebih rapat pertalian dengan Negrito Asia Tenggara, Melanesia, dan orang Asia Tenggara daripada orang Asia Selatan masa kini, malah orang Andaman Besar iaitu Andaman Utara, berbeza daripada Onge atau suku Andaman lain nampaknya telah menerima satu tahap percampuran yang agak baharu daripada populasi berhampiran setempat tetapi juga berkongsi sejumlah keturunan genetik dengan suku-suku Negrito Malaysia.

Kajian genetik 2011 mendapati bahawa tidak seperti lain-lain kelompok terawal di Oseania, Negrito Andaman ketiadaan percampuran hominin Denisovan dalam DNA mereka. Keturunan Denisovan dijumpai di kalangan populasi Melanesia dan Pribumi Australia pada takat 4–6%.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa setiap kelompok seharusnya ditimbang secara berasingan kerana bukti genetik menyangkal tanggapan bahawa semua kelompok "Negrito" di Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia dan Filipina berkongsi leluhur yang sama. Sesungguhnya, sentimen ini diulangi dalam kajian 2013 yang menyimpulkan bahawa pada tahap resolusi genetik masa ini, tiada bukti akan adanya satu populasi leluhur yang dikongsi oleh pelbagai suku kaum yang bergelar Negrito.

Kajian 2014 tentang sejarah populasi Asia Tenggara mendapati bahawa kebanyakan populasi Negrito di rantau berkenaan terdapat percampuran Eurasia Timur Austronesia dan Austroasiatik yang agak ketara, iaitu dalam 30% hingga 50% keturunan mereka.

Chaubey et al. 2013 menyatakan bahawa suku Andaman bertalian rapat dengan lain-lain populasi Negrito dan juga orang Melanesia. Menurut Basu et al. 2016, orang Andaman dan lain-lain populasi Negrito bertalian rapat dengan pribumi New Guinea.

                                     

3.3. Asal-usul Antropologi fizikal

Berdasarkan persamaan luaran dengan sebilangan ciri-ciri fizikal seperti susuk badan rendah, kulit gelap, bulu jarang, dan ada kalanya steatopygia bentuk punggung dan paha yang besar dan montok – ada yang berpendapat bahawa Negrito seasal dengan suku Pigmi dari Afrika Tengah. Teori ini disokong oleh dakwaan bahawa orang Andaman lebih menyerupai pigmi Afrika daripada lain-lain populasi Austronesia dari segi morfologi tengkorak dalam kajian 1973, sebelum kajian genetik menunjukkan pertalian yang lebih rapat dengan jiran-jiran Negrito sendiri.

Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa Negrito berkongsi kesamaan tengkorak yang lebih rapat dengan Pribumi Australia dan Melanesia.

                                     

4. Catatan

  • Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting 1911. "Negritos". Encyclopædia Britannica ed. ke-11. Cambridge University Press. CS1 maint: ref=harv link


                                     

5. Bacaan lanjut

  • Zell, Reg, John M. Garvan. An Investigation: On the Negritos of Tayabas. Edition blurb, 2011.
  • Khadizan bin Abdullah, and Abdul Razak Yaacob. Pasir Lenggi, a Bateq Negrito Resettlement Area in Ulu Kelantan. Pulau Pinang: Social Anthropology Section, School of Comparative Social Sciences, Universití Sains Malaysia, 1974.
  • Zell, Reg. About the Negritos: A Bibliography. Edition blurb, 2011.
  • Zell, Reg. Negritos of the Philippines. The People of the Bamboo - Age - A Socio-Ecological Model. Edition blurb, 2011.
  • Garvan, John M., and Hermann Hochegger. The Negritos of the Philippines. Wiener Beitrage zur Kulturgeschichte und Linguistik, Bd. 14. Horn: F. Berger, 1964.
  • Mirante, Edith 2014. The Wind in the Bamboo: Journeys in Search of Asias Negrito Indigenous Peoples. Bangkok, Orchid Press.
  • Evans, Ivor Hugh Norman. The Negritos of Malaya. Cambridge
  • Schebesta, P., & Schütze, F. 1970. The Negritos of Asia. Human relations area files, 1-2. New Haven, Conn: Human Relations Area Files.
  • Armando Marques Guedes 1996. Egalitarian Rituals. Rites of the Atta hunter-gatherers of Kalinga-Apayao, Philippines, Social and Human Sciences Faculty, Universidade Nova de Lisboa.
  • Hurst Gallery. Art of the Negritos. Cambridge, Massachusetts: Hurst Gallery, 1987.


                                     

6. Pautan luar

Templat:AmCyc Poster

  • Negritos of Zambales - detailed book written by an American at the turn of the previous century holistically describing the Negrito culture
  • Andaman.org: The Negrito of Thailand
  • The Southeast Asian Negrito