ⓘ Pertubuhan Kesihatan Sedunia merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu b ..

                                     

ⓘ Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.

                                     

1. Struktur Organisasi

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

                                     

2. Keahlian

Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci Kota Vatican merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.

                                     

3. Peranan

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.

WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa ICD yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah drugs yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.



                                     

4. Kewangan

WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.

                                     

5. Pautan luar

  • Weekly Epidemiological Record WER
  • World Health Organization
  • Melayu Pertubuhan Kesihatan Sedunia
  • AIDS.gov - The U.S. Federal Domestic AIDS Resource
                                     
  • Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO Pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan
  • pertengahan. Hari TB Sedunia ialah salah satu daripada lapan kempen kesihatan awam sejagat rasmi yang ditandakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO bersama
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mentakrifkan perkataan sihat Jawi: صيحت sebagai: Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya
  • negara - negara di dunia, termasuk ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO untuk bekerja sama dalam isu kesihatan antarabangsa. Peraturan ini bertujuan
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO ialah sebuah pertubuhan sedunia yang menangani penyelarasan global berkaitan pencegahan pandemik koronavirus. Pada 5
  • ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak 2017. Beliau sebelum ini berkhidmat di Kerajaan Ethiopia sebagai Menteri Kesihatan dari 2005 hingga
  • Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu dan telah disahkan oleh pertubuhan kesihatan manusia dan veterinar antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia
  • Negara - negara - ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987. Ini menarik perhatian sedunia pada wabak tembakau
  • Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa PHEIC ialah perisytiharan formal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengenai satu peristiwa yang
  • jawatankuasa berkaitan kesihatan dan pengerusinya, Kementerian Kesihatan Malaysia Pandemik COVID - 19 di Malaysia Pertubuhan Kesihatan Sedunia Kabinet Malaysia
  • menjaga kesihatan Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO Kebersihan kesihatan merujuk kepada keadaan dan amalan yang membantu mengekalkan kesihatan dan