ⓘ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiv ..

                                     

ⓘ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

                                     

1. Sejarah

JKKN bermula sebagai Bahagian Kebudayaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953. Kemudian pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan. Seterusnya, pada tahun 1972 Bahagian Kebudayaan dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tahun 1987 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tahun 2004 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan KEKKWA

22 Mac 2005 Di naik taraf kepada JKKN Waran bil. S20 Tahun 2005

1 Feb 2007 Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan, penyelidikan dan pembangunan waran bil.S40 tahun 2007

18 Mac 2008 JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan KPKKW

April 2009 JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan KPKK.

Mulai 15 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

                                     

2. Visi dan misi

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.

  • Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya.
  • Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
  • Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya.
                                     

3. Pengurusan tertinggi

Ketua Pengarah: YBhg Tan Sri Norliza bt. Rofli

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan: YBrs En. Mohamad Razy b. Mohamad Nor

Timbalan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian: YBhg. Dato Mod Zaky b.Hj. Din

Pengarah Kanan Kebudayaan dan Kesenian: En Rosli b. Osman

Pengarah Kanan Dasar dan Perancangan: En. Salehhuddin b. Md. Salleh

                                     

4. JKKN Negeri

Terdapat 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Kawasan ini juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

                                     
  • Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Jabatan Warisan Negara Jabatan Muzium
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang terkini ialah Yang Berhormat Dato Sri Nancy binti Shukri sejak 10 Mac 2020. Menteri ini disokong oleh
  • pentadbiran Balai Seni Lukis Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kementerian Pelancongan Malaysia Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia
  • Perpaduan Negara diserap ke Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan KEKKWA dan dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan
  • Jabatan Warisan Negara Tulisan Jawi: جابتن واريثن نڬارا Bermula daripada Bahagian Warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  • Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. Fungsi utama penubuhan Arkib Negara Malaysia adalah: Untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan
  • portfolio ini digabungkan dalam kementerian kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Selepas pertukaran Perdana Menteri
  • tajuk - tajuk berikut: KEBUDAYAAN NASIONAL: KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN: SISTEM POLITIK: SISTEM EKONOMI: PENDIDIKAN: BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN MEDIA: ISLAM:
  • bandar, dan kebebasan kesenian Berlin dikenali untuk banyak institusi kebudayaan yang mempunyai reputasi antarabangsa, dan kepelbagaian dan toleransi
  • menyediakan geran, biasiswa, anugerah dan wadah untuk para pengamal seni dan juga pendidikan dan program kesenian untuk orang awam. Sebelum ini, NAC merupakan