ⓘ Mikronesia merujuk kepada sekumpulan pulau di Lautan Pasifik. Ia terletak di sebelah Barat Filipina, sebelah barat daya Indonesia, sebelah selatan Papua Nugini ..

Cycadophyta

Cycadophyta adalah divisi tumbuhan benih bercirikan batang tebal dan berkayu dengan susunan dedaun pinat, keras malar hijau serta ekajantina; ia merangkumi keluarga-keluarga Cycadaceae, Stangeriaceae, and Zamiaceae dalam ordo Cycadales. Pokok-pokok dalam kelompok ini boleh menyerupai pokok-pokok palma atau paku pakis, namun dua-dua jenis tumbuhan ini langsung tiada perkaitan rapat. Pokok-pokok ini di seluruh dunia berkurangan taburan di mana empat spesies diancam kepupusan sementara tujuh spesies lain hanya ada kurang dari 100 tumbuhan yang tinggal hidup meliar.

                                     

ⓘ Mikronesia

Mikronesia merujuk kepada sekumpulan pulau di Lautan Pasifik. Ia terletak di sebelah Barat Filipina, sebelah barat daya Indonesia, sebelah selatan Papua Nugini dan Melanesia serta sebelah tenggara dan timur Polinesia.

Nama rantau ini diberi oleh seorang peneroka Perancis bernama dalam kerja pemetaan kepulauan baharu yang diterokai pihaknya selain "Melanesia" dan "Polinesia" pada tahun 1831, ia kemudiannya dimasyhurkan Jules Dumont dUrville pada tahun berikutnya; ia daripada akar Bahasa Yunani: μικρός mikros "kecil" dan νῆσος nesos "pulau" - yakni "pulau-pulau kecil".

                                     

1. Geografi

Rantau ini terdiri daripada lebih kurang 2100 buah pulau berkeluasan daratan terkumpul sebanyak 2.700 km 2 1.000 bt 2 dan perimeter lautan berjumlah 7.400.000 km 2 2.900.000 bt 2; Guam merupakan pulau terbesar dengan keluasan sebanyak 582 km 2 225 bt 2.

Terdapat empat gugusan pulau utama yang ada dalam rantau ini iaitu:

  • Kepulauan Caroline Persekutuan Mikronesia dan Palau
  • Kepulauan Marshall
  • Kepulauan Gilbert Republik Kiribati
  • Kepulauan Mariana Kepulauan Mariana Utara dan Guam
                                     

2. Politik

Mikronesia mempunyai lapan negara dan wilayah jajahan iaitu:

Negara berdaulat
  • Kepulauan Mariana Utara Templat:Country data North Mariana Islands
  • Palau
  • Kiribati
  • Nauru
  • Persekutuan Mikronesia
  • Kepulauan Marshall
Wilayah naungan
  • Guam milik Amerika Syarikat
  • Pulau Wake milik Amerika Syarikat