ⓘ Hamid Hayat seorang rakyat Amerika Syarikat dan lahir di Amerika telah dihukum penjara 24 tahun pada 10 September 2007 di Sacramento, California, Amerika Syarik ..

                                     

ⓘ Hamid Hayat

Hamid Hayat seorang rakyat Amerika Syarikat dan lahir di Amerika telah dihukum penjara 24 tahun pada 10 September 2007 di Sacramento, California, Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan pada 10 September 1983 di Lodi, California, barat Amerika Syarikat. Bapanya Umer Hayat lahir pada 5 Januari 1958 di Pakistan dan berhijrah ke California pada 1976. Beliau mendapat taraf rakyat Amerika Syarikat. Kedua-fua mereka orang pertama didapati bersalah berhubung keganasan semenjak peristiwa 911.

                                     

1. Kesalahan jenayah

Kesalahan beliau ialah menghadiri latihan di sebuah kem di Pakistan dan sasaran serangan ialah hospital, bank, pasar raya dan bangunan kerajaan di Amerika Syarikat. Dia ditahan pada Jun 2005 selepas 2 tahun berada di Pakistan dan berbohong tentang itu kepada FBI kononnya bertunang di Pakistan. FBI mendapat tape perbualan Hamid Hayat dengan rakannya berbincang tentang jihad, menghormati al-Qaeda dan menyokong kerajaan agama Islam di Pakistan dan Afghanistan. Di biliknya, FBI menemui majalah tentang jihad seperti Jaish-e-Mohammed dan buku skrap lukisan tentang Taliban dan Osama bin Laden. Dalam dompet Hamid ada kepingan kertas bertulis doa Oh Allah we place you at their throats and we seek refuge in you from their evils.

Hakim Persekutuan AS, Garland Burrell Jr memutuskan Hamid Hayat telah kembali ke Amerika Syarikat dan bersiap-sedia untuk melancarkan serangan jihad.Sepatutnya dia dihukum 39 tahun.

Peguam belanya, Wazhma Mojaddidi berkata,FBI tidak dapat buktikan bila dan di mana Hamid Hayat hadir di kem latihan al-Qaeda, Pakistan. Semua ini angkara cemburu terhadap Hamid Hayat dan Islamfobia selepas peristiwa 911. Kesahihan tape perbualan itu amat disangsikan kerana dirancang dan diperangkap.

Bapanya Umer Hayat tidak dapat menerima hukuman tersebut kerana Hamid Hayat belum lagi melakukan sebarang jenayah. Tidak ada sebarang rekod jenayah selama ini. Umer Hayat dan Hamid Hayat turut ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles kerana membawa $28.093 tunai ke Pakistan pada 19 April 2003. Wang itu dikatakan untuk urusan perkahwinan Hamid dan adiknya di Pakistan. Bapa mentua Umer Hayat adalah pemimpin parti politik agama Jamiat Ulema-e-Islam JUI di Pakistan.

Bagaimana pemandu trak ais krim boleh mempunyai wang sebanyak itu?. Rumahnya bernilai $390.000 tanpa sebarang pinjaman. Umer dan abangnya mempunyai banyak wang tanpa sumber yang sah. Beliau turut ditahan kerana membuat kenyataan palsu kepada FBI ketika disiasat tentang anaknya. Dia dibebaskan dengan syarat membuat kerja kebajikan.

Kira-kira 2500 keturunan Pakistan tinggal di Lodi bekerja sebagai petani / peladang dan pengutip buah anggur, 35 km di selatan ibu negara Sacramento, California. Mereka turut disiasat sama ada menghantar wang kepada pengganas. Selepas kes ini, pergeseran antara muslim dan bukan muslim di California meningkat.

                                     
  • Ustaz Che Alias bin Hamid adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se - Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu
  • YB Senator Dato Isa Ab Hamid adalah merupakan Senator dalam Dewan Negara Malaysia yang dilantik sebagai wakil dari kalangan masyarakat orang asli di
  • Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Jawi: احمد زاهيد حميدي lahir 4 Januari 1953 merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana
  • Datuk Wira Dr. Maznah Hamid 18 April 1955 - 4 Oktober 2017 ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi
  • Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Hayati Othman lahir 12 Jun 1957 adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se - Malaysia. Beliau merupakan
  • nelayan akan menjual hasil tangkapan kepada Hamid Tetapi Hamid mengambil dengan harga yang terlalu rendah. Hamid seorang yang angkuh. Fatimah memerlukan
  • sentiasa mengasihi ibu mereka dan berjanji akan menjaganya hingga ke akhir hayat Namun kebahagian mereka bertiga tidak berpanjangan apabila hubungan di
  • diulit bahagia. Puan Hayati Jasmin Hamid dan adiknya, Dato Johari Shaharuddin Thamby kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan
  • Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Ungku Ismail Aziz dan Hisyam Hamid Menurutnya, hasil perbincangan dan persetujuan bersama TV3, Nad Zainal
  • tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus Zain Hamid bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful Farid Kamil rakan
  • meninggal dunia 2018 25 April - Jalil Hamid - Pelakon, pelawak 25 April - Abu Bakar Omar - Pelakon 12 Jun - Mohd Hayati Othman - ahli politik 24 Jun - Wan