ⓘ Pendidikan jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalu ..

                                     

ⓘ Pendidikan jasmani

Pendidikan jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny dan Williams berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

                                     

1. Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow 1971, 1983 menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field 1976, satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman 1977, 1992 menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin 1990 berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer 1995 berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

                                     

2. Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

                                     

3. Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama:

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

                                     

4. Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?

  • Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
  • Penglibatan murid secara aktif dan selamat
  • Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
                                     

5. Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?

  • Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
  • Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
  • Penglibatan murid secara penghayatan ilmu dan pengetahuan

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

                                     

6. Kecergasan

  • Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan.
  • Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.


                                     

7. Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

                                     

8. Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

                                     

9. Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
  • Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan
                                     

10. Gaya Hidup Sihat

  • Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah
  • Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
                                     
  • Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya. IPG KIK telah mengalami beberapa
  • menjadikan sukan dan pendidikan jasmani sebagai kurikulum sekolah dengan mewajibkan pelajarnya mengambil dua jam pendidikan jasmani setiap minggu, yang
  • Islam Pendidikan Moral Reka Bentuk dan Teknologi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sejarah Pendidikan Seni Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
  • Cina & Bahasa Tamil English Matametik Sains Pendidikan Islam Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Jasmani & Kesihatan Menengah Atas Kuantum Bahasa Malaysia
  • daripada kejadian itu, Papa Zola telah mengambil kerja sebagai guru bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis
  • Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani
  • al - jismiyah pendidikan jasmani al - aqiliyah pendidikan mental al - nafsiyah pendidikan jiwa al - ijlimaiyah pendidikan sosial al - jinisiyah pendidikan seks
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman IPG KDA yang merupakan sebuah institusi pendidikan di Jitra, Kedah. Institut Perguruan Darulaman ditubuhkan
  • bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Jasmani Lukisan dan Pertukangan Tangan, Sivik, dan MIB Melayu Islam Beraja
  • juga di Stafford & Lichfield. Sehingga pertengahan 80 - an Jabatan Pendidikan Jasmani berada di Madeley. Table 0a - All students by institution, mode of
  • Lateh. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Anak watan Kampung Kuala