ⓘ Revolusi Kebudayaan, harifahnya Revolusi Kebudayaan Besar, atau makin ringkas lagi, menjadi 文革, Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China ialah perebutan k ..

                                     

ⓘ Revolusi Kebudayaan

Revolusi Kebudayaan, harifahnya "Revolusi Kebudayaan Besar", atau makin ringkas lagi, menjadi 文革, "Revolusi Kebudayaan") di Republik Rakyat China ialah perebutan kuasa dalam Parti Komunis China yang menjelma sebagai huru-hara sosial, politik dan ekonomi berskala besar, yang menjadi-jadi sehingga melibatkan bahagian besar masyarakat China lalu membawa seluruh negara ke pinggir perang saudara.

Revolusi ini dirasmikan oleh pengerusi Parti Komunis China, Mao Zedong pada 16 Mei 1966, sebagai sebuah kempen untuk melepaskan China daripada unsur-unsur "bourgeoisie bebas" serta meneruskan perjuangan kelas berevolusi, tetapi juga disifatkan orang ramai sebagai satu cara untuk mengawal semula parti setelah Kemaraan Raksasa yang menemui kegagalan besar mengakibatkan Mao banyak kehilangan kuasa beliau kepada pesaing-pesaing Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping, lalu menjadi gelombang perebutan kuasa antara puak-puak di peringkat setempat dan kebangsaan.

Meskpun Mao sendiri secara rasminya mengisytiharkan Revolusi Kebudayaan tamat pada tahun 1969, istilah ini juga merangkumi tempoh antara 1969 dan penahanan Geng Berempat pada tahun 1976 dalam kegunaan masa kini.

                                     

1. Gambaran keseluruhan

Dari tahun 1966 hingga 1968, militia belia utama Mao yang bergelar Pengawal Merah untuk menggulingkan sesiapa yang dilihat oleh Mao sebagai musuh dan mengambil alih kawalan terhadap pentadbiran negeri dan parti, menggantikan Jawatankuasa Pusat dengan Jawatankuasa Revolusi Kebudayaan, dan kerajaan-kerajaan setempat pula diganti oleh jawatankuasa revolusi. Di tengah huru-hara dan keganasan yang bersusulan, kebanyakan pelopor revolusi, pengarang, artis, dan tokoh keagamaan diusir dan dibunuh, berjuta-juta orang didakwa, dan sebanyak setengah juta orang terkorban.

Pandangan sejarah rasmi oleh Parti Komunis China terhadap Revolusi Kebudayaan dan peranan Mao dalamnya dikandungkan dalam Resolusi mengenai Soalan-soalan Tertentu dalam Sejarah Parti Kita Sejak Penubuhan Republik Rakyat China yang diterima pada 27 Jun 1981. Dalam dokumen ini, adalah dinyatakan bahawa "Tanggungjawab utama kerana kesilapan Sayap Kiri yang serius akibat Revolusi Kebudayaan, satu kesilapan yang menyeluruh dan amat lama, memang terletak pada Komrad Mao Zedong" dan bahawa Revolusi Kebudayaan dilaksanankan "di bawah kepimpinan Mao Zedong yang menyelewang dan dimanipulasi oleh kumpulan anti-revolusi yang terdiri daripada Lin Biao dan Jiang Qing lalu mengakibatkan musibah dan huru-hara yang serius kepada Parti dan warga China." Pandangan rasmi ini yang semenjak itu menjadi rangka utama untuk historiografi China mengenai Revolusi Kebudayaan, mengasingkan tindakan peribadi Mao ketika Revolusi Kebudayaan daripada kepahlawanan awal beliau serta juga mengasingkan kesilapan peribadi Mao daripada kebenaran teori yang direka beliau.

Revolusi Kebudayaan masih menjadi isu yang sensitif di dalam Republik Rakyat China. Meskipun sedikit sahaja penapisan terhadap huraian peristiwa-peristiwa Revolusi Kebudayaan, pandangan sejarah yang bertentangan dengan versi ang digariskan dalam Resolusi 1981 sering ditapis termasuk pendapat bahawa Revolusi Kebudayaan adalah perkara yang baik atau bahawa Mao lebih atau kurang bersalah daripada apa yang ditunjukkan sejarah rasmi.

                                     

2. Pembacaan lanjut

  • Chan, Che Po. 1991. From Idealism to Pragmatism: The Change of Political Thinking among the Red Guard Generation in China. Ph.D. diss., University of California, Santa Barbara.
  • Simon Leys penname of Pierre Ryckmans Broken Images: Essays on Chinese Culture and Politics 1979. ISBN 0-8052-8069-3
  • - Chinese Shadows 1978. ISBN 0-670-21918-5; ISBN 0-14-004787-5.
  • Zheng Yi Scarlet Memorial: Tales of Cannibalism in Modern China
  • Novel: Red Scarf Girl by Ji-Li Jiang. A story about the life of a young girl during the cultural revolution.
  • Emily Wu and Larry Engelmann "Feather in the Storm" a childhood lost in chaos 2006 ISBN 0-375-42428-8
  • - The Chairmans New Clothes: Mao and the Cultural Revolution 1977; revised 1981. ISBN 0-85031-208-6; ISBN 0-8052-8080-4; ISBN 0-312-12791-X; ISBN 0-85031-209-4; ISBN 0-85031-435-6 revised ed.
  • Liu, Guokai. 1987. A Brief Analysis of the Cultural Revolution. edited by Anita Chan. Armonk, N.Y.: M. E. Sharpe.
  • - The Burning Forest: Essays on Chinese Culture and Politics 1986. ISBN 0-03-005063-4; ISBN 0-586-08630-7; ISBN 0-8050-0350-9; ISBN 0-8050-0242-1.
  • MacFarquhar, Roderick and Schoenhals, Michael. Maos Last Revolution. Harvard University Press, 2006 ISBN 0-674-02332-3
  • Chan, Anita. 1985. Children of Mao: Personality Development and Political Activism in the Red Guard Generation. Seattle: University of Washington Press.
  • Yang, Guobin. 2000. Chinas Red Guard Generation: The Ritual Process of Identity Transformation, 1966-1999. Ph.D. diss., New York University.
  • Chang, Jung and Halliday, Jon. Mao: The Unknown Story. Jonathan Cape, London, 2005.
  • Fox Butterfield, China: Alive in the Bitter Sea, 1982, revised 2000, ISBN 0-553-34219-3, an oral history of some Chinese peoples experience during the Cultural Revolution.
                                     

3. Pautan luar

  • Another website about the Cultural Revolution
  • Hua Guofengs speech to the 11th Party Congress, 1977
  • "William Hinton on the Cultural Revolution" oleh Dave Pugh
  • Attempts to document using eyewitness accounts events during the Cultural Revolution
  • History of The Cultural Revolution
  • "Student Attacks Against Teachers: The Revolution of 1966" oleh Youqin Wang
  • Chinese propaganda posters, Cultural Revolution statuettes, maoist stuff and revolutionary songs
  • Chinese propaganda posters gallery
  • Exhibition causes stir with candid views of great Mao The Times, 14 Julai 2005
  • Labels with Cultural Revolution Posters, Badges, and History
  • Morning Sun - A Film and Website about Cultural Revolution and the photographs of the subject available from the films site.
  • Chinese Museum Looks Back in Candor: Groundbreaking New Exhibit on Cultural Revolution Sparks Official Displeasure but Visitors Praise dari Washington Post, 3 Jun 2005


                                     
  • pegawai Parti Komunis China yang menarik perhatian ramai ketika Revolusi Kebudayaan 1966 - 76 kemudian didakwa atas jenayah - jenayah penderhakaan. Mereka
  • Revolusi Iran turut dikenali sebagai Revolusi Islam Bahasa Parsi: Enghelab Eslami ialah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem
  • Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke - 18 dan awal kurun ke - 19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi
  • Revolusi Oktober Bahasa Rusia: Октябрьская революция, Oktyabr skaya revolyuciya juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshevik, merujuk
  • perubahan besar dalam institusi sosiopolitik, ekonomi, dan kebudayaan sedia ada. Revolusi telah berlaku dalam sejarah manusia dan sangat berubah - ubah
  • digunakan pada Revolusi Kebudayaan yang berlaku di Republik Rakyat China dari tahun 1966 - 1976 untuk merujuk kepada unsur - unsur kebudayaan dan pemikiran
  • Perang Revolusi Amerika 1775 1783 juga dikenal sebagai Perang Kemerdekaan Amerika, adalah satu peperangan antara Kerajaan Great Britain dan para pendukung
  • Kebudayaan Barat, kadang - kadang disamakan dengan tamadun Barat atau tamadun Eropah, memaksudkan kebudayaan yang berasal dari Eropah. Istilah budaya dalam
  • sejarawan Soviet sebagai Revolusi Demokratik Borjuis Februari, merupakan revolusi pertama yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Revolusi ini paling bertumpu
  • Revolusi Rusia 1917 merujuk kepada revolusi di Rusia termasuk Revolusi Februari yang membawa kepada penggulingan Tsar Nicholas II dan pemberontakan komunis