ⓘ Falsafah Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara, merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanak ..

                                     

ⓘ Falsafah Pendidikan Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara, merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,Intelektual dan Sosial. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

                                     

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

                                     

2. Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

                                     

3. Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

                                     
  • utama: Falsafah Timur Falsafah Budhisme Falsafah Hindu Falsafah India Falsafah Vedanta Falsafah Indonesia Falsafah Jepun Falsafah Konfusisme Falsafah Taoisme
  • Buku Pengenalan Falsafah Pendidikan dikarang oleh dan diterbitkan pada 1 - April - 2001 dengan harga Malaysia Barat RM20.00 Malaysia Timur RM23.00 2010 Ia
  • Buku Pendidikan Falsafah Sains Al Quran ditulis oleh Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM 34.00. Ia diterbitkan
  • ala Malaysia ditegaskan. Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia Penyata Razak 1956 Falsafah Pendidikan Malaysia
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia singkatan: UTHM ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam IPTA yang ke - 15 di negara Malaysia Ditubuhkan pada 27 September
  • satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan sering berlaku di bawah bimbingan pendidik tetapi pelajar
  • membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Menteri yang pertama
  • prinsip ini, pendidikan merupakan satu usaha berterusan seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia Proses pendidikan merupakan suatu
  • Kontemporari Doktor Falsafah Pembangunan komuniti Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah Pengajian gender Program Pendidikan : Diploma
  • Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1995 Atlantis Daftar tokoh falsafah Falsafah
  • penyelidikan Doktor Falsafah Ph.D Sarjana Perakaunan MAcc. Sarjana Perniaangaan MBuss. Sarjana Ekonomi MEcons. Fakulti Psikologi dan Pendidikan merupakan
  • Sains Islam Malaysia singkatan: USIM dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia KUIM merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam