ⓘ Allschools adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang memberi sekolah-sekolah di sekitar Malaysia system pengurusan sekolah. Aplikasi ini dibina oleh sebuah sya ..

                                     

ⓘ AllSchools

Allschools adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang memberi sekolah-sekolah di sekitar Malaysia system pengurusan sekolah. Aplikasi ini dibina oleh sebuah syarikat yang bernama Cloud Direct Sdn Bhd. Allschools memberi peneyelesaian kepada tadika, sekolah dan beberapa kolej swasta yang sedang mengalami masalah komunikasi dengan ibubapa.

                                     

1. Misi

Aplikasi ini dibina dengan sebuah misi, iaitu membanteras halangan komunikasi antara pihak institusi dan ibubapa sambil membina masyarakat yang sedia menerima teknologi.

                                     

2. Fungsi Aplikasi

AllSchools membolehkan ibubapa menerima berita dan maklumat terkini mengenai acara-acara sekolah tanpa perlu bergantung kepada anak-anak mereka. Sekolah-sekolah boleh mengawal aliran komunikasi kepada ibubapa tanpa membimbang akan pecahan komunikasi.

Berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh didapati dalam aplikasi pada masa kini:

  • Kedatangan
  • Notifikasi

Berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh didapati pada masa akan datang:

  • Pembayaran atas talian E-Payment
  • Kerja Rumah Homework
  • Keputusan Results
                                     

3. Sifat Aplikasi

Aplikasi AllSchools direkayasa oleh pakar IT Cloud Direct Sdn Bhd sendiri, dan bukan dibina oleh penjana aplikasi mudah alih atas talian seperti sesetengah aplikasi mudah alih. AllSchools dibina untuk berjuang untuk memberi kesan positif terhadap industri pendidikan, bermula pada skala yang kecil.

                                     

4. Statistik

Berdasarkan sumber kajian dari Google Malaysia dan Taylor Nelson Softres TNS dari September 2013 hingga Ogos 2014. Negara Malaysia merupakan negara yang paling tinggi dalam penggunaan telefon pintar. Menurut En. Sajith Sivanandan, pengarah urusan dari Google Malaysia, sebab utama rakyat Malaysia adalah tertinggi. Beliau berkata, rakyat Malaysia suka melayari internet dan telefon pintar.

1.1 Jadual pengguna telefon pintar berdasarkan peringkat umur.

1.2 Jadual penggunaan telefon pintar terhadap peratusan.