ⓘ Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah. Tiga skim Kesatuan Eropah bagi petunjuk geografi dan kepakaran tradisional, yang dikenali sebaga ..

                                     

ⓘ Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah

Tiga skim Kesatuan Eropah bagi petunjuk geografi dan kepakaran tradisional, yang dikenali sebagai Perlindungan Penamaan Asal, Perlindungan Petunjuk Geografi, dan Jaminan Keistimewaan Tradisional adalah peraturan petunjuk geografi yang ditetapkan Undang-undang Kesatuan Eropah untuk melindungi nama-nama produk daerah asal. Peraturan ini berlaku di Kesatuan Eropah dan sedang dalam proses berkembang ke seluruh dunia melalui perjanjian dua hala dengan negara-negara Kesatuan Eropah. Perlindungan Penamaan Asal memastikan hanya produk-produk asli daripada wilayah tersebut yang dibolehkan untuk dijual dengan menggunakan nama wilayah tersebut.

Perlindungan Penamaan Asal merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang diproses dan dihasilkan di kawasan geografi tertentu dengan menggunakan cara pembuatan yang diiktiraf. Perlindungan Petunjuk Geografi merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang amat berkaitan dengan kawasan geografi tertentu. Paling sedikit satu tahap pengeluaran, pemprosesan, atau masakan berlaku di kawasan geografi tersebut. Jaminan Keistimewaan Tradisional menjamin sifat tradisional, baik dalam komposisi atau cara pengeluaran daripada kawasan tersebut.

Perlindungan Penamaan Asal antara lain merangkumi nama-nama anggur, keju, ham, sosej, zaitun, bir, cuka balsamik, dan malah untuk roti-roti, buah-buahan, dan sayuran asal daerah tertentu. Label-label produk makanan dan minuman seperti keju Gorgonzola, Parmigiano-Reggiano, pai daging babi Melton Mowbray, keju Asiago, Camembert de Normandie, dan champagne hanya dapat ditampal kalau dihasilkan di tempat asalnya. Keju Roquefort hanya boleh disebut keju Roquefort kalau dibuat daripada susu yang diperah daripada biri-biri baka tertentu, dan dimatangkan di gua-gua semulajadi berhampiran kota Roquefort di kawasan Aveyron, Perancis yang merupakan tempat asal spora Penicillium roqueforti.

Sistem yang ini sama dengan sistem aplikasi asal yang diterapkan di seluruh dunia, misalnya Appellation dorigine contrôlée AOC, Denominazione di origine controllata di Itali, Denominação de Origem Controlada DO di Sepanyol. Dalam banyak kes, PDO atau PGI di Kesatuan Eropah berlaku selari dengan sistem di negara-negara lain.

                                     
  • negara yang mempunyai kependudukan yang paling sedikit dalam Kesatuan Eropah Zon euro, dan NATO. Estonia juga mempunyai produk domestik kasar per kapita
  • besar Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara antara abad ke - 14 dan awal abad ke - 20. Ia didirikan pada akhir abad ke - 13 di Anatolia barat laut di bandar
  • negeri dan tujuh wilayah kesatuan yang ditadbir kerajaan persekutuan. Warga dalam kesemua negeri, wilayah kesatuan Puducherry, dan Wilayah Ibu Negara Delhi
  • ke - 4 SM pandangan tradisional walaupun penemuan daripada budaya Vinča di Eropah kini bertarikh lebih awal sedikit daripada yang di Hilal Subur. Timna
  • Bangsa - bangsa Bersatu Dalam membandingkan pertubuhan - pertubuhan serantau antarabangsa lain seperti Kesatuan Afrika, Kesatuan Eropah Majlis Eropah atau Mercusor
  • Syarikat FBI Britain Scotland Yard dan Kesatuan Eropah akan melatih pendakwa dalam unit itu. Di bahagian selatan dan timur Afghanistan adalah yang paling
  • Organisasi Kesatuan Afrika OAU yang kini dikenali sebagai Kesatuan Afrika. Pada bulan November 1982, Zimbabwe dipilih oleh OAU untuk memegang salah satu kerusi
  • di Sarawak, tetapi juga kepada orang Cina, orang Melayu serta warganegara keturunan Eropah atau Amerika. Suku - suku pribumi Sarawak secara tradisional
  • liputan geografinya David Hastings, dari Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa - bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik, menerbitkan laporan secara geografi memperluas
  • dipanggil parti demokrasi di China, dan menyertai Persidangan Perundingan Politik Rakyat dan Kongres Rakyat Kebangsaan. Ada sedikit petunjuk bahawa RRC menuju
  • bersetuju dan menambah bahawa anime membincangkan subjek untuk orang dewasa dan kanak - kanak sedangkan animasi di Amerika Syarikat secara tradisional untuk
  • manapun dan menggunakan petunjuk grafis untuk memperlihatkan pada pembaca arah dari membaca. Untuk merepresentasikan suara dari bahasa - bahasa di dunia dalam