ⓘ Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Ma ..

                                     

ⓘ Peristiwa Kampung Medan

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari. Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan. Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Foto-foto milik Malaysiakini menunjukkan bukti yang mengerikan tentang kecederaan yang teruk yang berlaku akibat pergaduhan tersebut. Ketegangan kaum yang berlaku hampir dua minggu tersebut telah menyebabkan kematian enam orang serta meninggalkan lebih daripada 100 orang dengan kecedaraan parah, iaitu kecederaan kepala, tulang patah, dan anggota badan yang dipenggal. Empat ratus orang telah ditahan.

                                     

1. Punca

Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengebumian.

Kemudian, 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.

                                     

2. Rentetan peristiwa

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau mereka diserang. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian; 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 orang warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 orang India dan 34 orang Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Senjata-senjata lain ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu.

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

                                     

3. Selepas peristiwa

Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor. Pada tahun 2016, kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah diselesaikan.

                                     
  • Kampung Medan asalnya merupakan kawasan setinggan yang terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kampung Medan terkenal kerana Peristiwa Kampung
  • Peristiwa Kampung Rawa 1998 merujuk kepada sengketa kecil antara orang Melayu dan India di Kampung Rawa, Jelutong, Pulau Pinang, Malaysia. Ramai penduduk
  • ISA Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh. Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan
  • Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta
  • Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia
  • itu, tidak terdapat sebarang perkampungan kerana tidak tercatat di dalam dokumen tersebut. Daripada peristiwa - peristiwa yang diceritakan di atas, tidak
  • Marang Kampung Pasir Puteh, Merchang Taman Sri Purnama Seberang Marang, Marang Taman Medan Jaya, Rusila Taman Medan Jaya 1, Rusila Taman Purnama Medan Jaya
  • ketua kampung Siti Mariam. Pemuda kampung telah berjaya menangkap Mat dan memaksanya membawa mereka ke tempat persembunyian lanun. Pelbagai peristiwa lucu
  • Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Sri Medan Batu Pahat, Johor. Jarak perjalanan sekolah ini dari pekan Sri Medan ialah kira - kira 15 kilometer dan 45 kilometer