ⓘ Kerajaan tempatan ..

Kerajaan tempatan di Malaysia

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah

Persatuan kawasan kejiranan

Persatuan kawasan kejiranan ialah sekumpulan penetap atau pemilik hartanah yang menyokong atau mengatur aktiviti bersama dalam sebuah kawasan kejiranan. Sebuah persatuan mungkin mempunyai pemimpin dan yuran sukarela. Sesetengah persatuan kawasan kejiranan di Amerika Syarikat diperbadankan, dan mungkin diiktiraf Internal Revenue Service sebagai pertubuhan bukan untung 501c4, dan rumah mereka mungkin dibebaskan dari cukai. Peraturan pembentukan persatuan kawasan kejiranan di A.S. kadangkala dikawal di peringkat bandar atau negeri. Di Malaysia, persatuan sebegini dikenali sebagai Rukun Tetangga.