ⓘ Pendidikan menengah terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Ia dipanggil menengah kerana ia terletak di tengah-tengah iaitu antara sekola ..

Sarah Gilbert

Sarah Catherine Gilbert ialah seorang ahli vaksinasi England yang juga merupakan seorang profesor Vaksinologi di Universiti Oxford dan salah seorang pengasas Vaccitech. Gilbert merupakan pakar dalam pengembangan vaksin melawan influenza dan patogen virus yang muncul. Beliau juga menjadi pemimpin dalam pengembangan dan pengujian vaksin influenza, yang menjalani ujian klinikal pada tahun 2011. Pada 30 Disember 2020, Vaksin COVID-19 Oxford–AstraZeneca yang dibangunkan bersama Vaksin Oxford Grup telah diluluskan untuk digunakan di United Kingdom.

                                     

ⓘ Pendidikan menengah

Pendidikan menengah terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Ia dipanggil menengah kerana ia terletak di tengah-tengah iaitu antara sekolah rendah dan universiti. Usia pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah di antara tiga belas hingga lapan belas tahun atau sembilan belas tahun. Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Di negara-negara berbahasa Inggeris seperti Australia dan New Zealand, sekolah menengah dikenali sebagai "Secondary schools".

                                     

1. Sekolah menengah di Malaysia

Pendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-

  • sekolah menengah kebangsaan agama
  • sekolah menengah teknik dan vokasional
  • sekolah akademik sekolah biasa atau berasrama penuh
                                     

1.1. Sekolah menengah di Malaysia Sekolah Berasrama Penuh

Hanya pelajar terpilih dari segi akademik layak untuk masuk ke sekolah ini. Pelajar berhak memilih bahasa tambahan seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan bahasa Arab. Pelajar yang memasuki SBP aliran agama wajib mengambil bahasa Arab seperti KISAS, SBPI Gombak.Turut digelar SBP.MRSMMaktab Rendah Sains Mara

                                     

1.2. Sekolah menengah di Malaysia Sekolah Menengah Teknik & Vokasional

Dipilih selepas tingkatan tiga iaitu selepas PT3 berdasarkan keputusan PT3 masing-masing. Pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang diserap ke aliran teknik, pelajar dengan keputusan sederhana akan diserap ke aliran vokasional dan pelajar yang mendapat keputusan yang agak teruk akan diserap ke aliran kemahiran. Turut dikenali sebagai SMT/SMTV

                                     

1.3. Sekolah menengah di Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam UPSR mahupun PT3 sebelum ini PMR. Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh fekah. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar boleh mengambil peperiksaan agama iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM yang hanya ada di Sekolah Agama Negeri atau SAN dan Sekolah Agama Rakyat atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Buuthsukatan. Turut digelar SMKA.

Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti sains, perdagangan atau sastera. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM ataupun mengambil peperiksaan lain seperti A-levels.

Lihat juga: Pendidikan Menengah Malaysia



                                     

2. Sekolah menengah di barat

Di Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau elementary school boleh melanjutkan pelajaran sama ada ke middle school atau junior high school. Middle school adalah setaraf dengan pendidikan menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala Junior high school terdiri daripada pelajar-pelajar gred 7-9 atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke high school iaitu gred 9-12 atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.

Berbanding dengan Malaysia, negara ini tiada peperiksaan penilaian kebangsaan seperti SPM. Namun, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, pelajar perlu lulus dalam semua mata pelajaran wajib dan mendapat GPA Purata Nilai Gred Kumulatif yang baik bagi setiap penggal di high school. Bagi sesetengah universiti pula, mereka menghendaki pelajarnya lulus ujian SAT atau Scholastic Aptitude Test.

Kebanyakan negara di Amerika Latin seperti Argentina dan Mexico mempunyai sekolah menengah seperti di Amerika Syarikat. Namun, pendidikan menengah yang wajib hanya ke tahap gred 9 atau pendidikan menengah rendah. Akibat tekanan ekonomi yang teruk ramai pelajar akan menamatkan pelajaran mereka di peringkat ini dan terus ke alam pekerjaan.

                                     
  • PR Sistem Pendidikan di Malaysia Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat: Prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pengajian tinggi
  • sekolah menengah pertama SMP dan sekolah menengah atas SMA Pendidikan kejuruan merupakan pendidikan menengah yang mempersiapkan peserta didik terutama
  • dilalui seorang pelajar selepas pendidikan menengah Struktur Pengelasan Piawai Pendidikan Antarabangsa menetapkan pendidikan tinggi pada tahap enam, tujuh
  • bidang pendidikan anak usia dini, pendidikan dasar, pendidikan menengah dan pendidikan masyarakat, serta pengelolaan kebudayaan. Kementerian Pendidikan dan
  • enseignement primaire Pendidikan sekunder enseignement secondaire Pendidikan tinggi enseignement supérieur Pendidikan rendah dan menengah yang sebahagian
  • tadika, empat tahun pendidikan rendah, enam tahun pendidikan menengah dan seterusnya ke universiti. Pada tahun 1988, Pertubuhan Pendidikan Saintifik, dan
  • Sistem Pendidikan di Malaysia VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera. MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam atau nama ringkasnya SM Pendidikan Khas Shah Alam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak
  • Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada
  • menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, pra - tertier. Pendidikan dan latihan di peringkat pasca - menengah baik dalam bidang akademik mahupun