ⓘ Festival Gendang Sedunia merupakan satu acara kebudayaan bertaraf dunia yang diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Malaysia dari 27 Disember-31 Disember ..

                                     

ⓘ Festival Gendang Sedunia

Festival Gendang Sedunia merupakan satu acara kebudayaan bertaraf dunia yang diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Malaysia dari 27 Disember-31 Disember 2007.

Lapan negara dari seluruh dunia telah menyertai festival ini. Abtaranya ialah Enggar dan Bayumas dari Indonesia; Shikatsu Daiko Kottsu Jepun; Traditional Culture Drums Music and Drums Troupe Sri Lanka; dan dua kumpulan tempatan iaitu Yawa EDC dan Diplomat of Drums.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Pelancongan telah merasmikan festival ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2007. Festival ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur MTPKL dan merupakan acara penutup Tahun Melawat Malaysia 2007.