ⓘ Kementerian Kesihatan Malaysia. Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama: i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: mengamb ..

                                     

ⓘ Kementerian Kesihatan Malaysia

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • inovatif
  • saksama
  • wajar mengikut teknologi
  • tidak membebankan
  • cekap
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran

iii. dengan menekankan:

  • penglibatan masyarakat
  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
                                     

1. Sejarah

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah. Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.

Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan IMR telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit berjangkit penyakit tropika yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri.

Ketika pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak pemerintahan Sabah pada ketika itu 1881-1942.

Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc Gilivray 1956.

Melalui Rancangan Malaysia ke 7 RMK-7, permohonan KKM untuk membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu KSKB di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai peranan untuk memulihkan perkembangan sosial.Saban tahun, KKM menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesihatan seterusnya menjadi rujukan oleh negara-negara jiran dalam bidang teknologi dan perubatan.

                                     

2. Fungsi

  • Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.
  • Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.
  • Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
  • Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
                                     

3. Organisasi

Pengurusan

  • Kesihatan Pergigian
  • Penyelidikan & Sokongan Teknikal
  • Perkhidmatan Farmasi
  • Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Kewangan
  • Kesihatan Awam
  • Perubatan

Institusi & Agensi

  • Institut Perubatan Respiratori
  • Pusat Penyelidikan Klinikal
  • Institut Kesihatan Umum
  • Institut Penyelidikan Tingkahlaku Umum
  • Pusat Kawalan Kusta Negara
  • Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
  • Pusat Darah Negara
  • Institut Kanser Negara
  • Institut Penyelidikan Perubatan
  • Institut Pengurusan Kesihatan
                                     

4. Program

Sejak konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia seperti:

                                     

4.1. Program SL1M Jururawat Skim Latihan 1 Malaysia Jururawat

Sejak dari 2013, program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk melatih para graduan diploma kejururawatan bagi meningkatkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri serta pembangunan sahsiah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik. Program ini dijalankan minimum selama 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun. Dalam memastikan kelancaran program, terdapat beberapa modul kemahiran yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyertai SL1M Jururawat seperti:

  • Infection Control Practies
  • Corporate Culture
  • Neonatal Resuscitation
  • Nursing Documentation
  • Nursing Management of Non Communicable Disease
  • Acute Nursing Procedure
  • Pain Score
  • Management of Emergency Trolley
  • Basic Life Support
  • Mentoring Program
  • Communication Skills
  • National Nursing Audits
                                     

4.2. Program Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka telah dilangsungkan secara serentak di seluruh pelosok negara pada 9 September 2012 yang lalu. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena bulan kemerdekaan dan telah mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records. Program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan usia. Sebagai contoh, program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka di Kajang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Hospital Kajang, Hospital Ampang, pelajar-pelajar sekolah di sekitar Hospital Kajang, kakitangan Pejabat Pergigian Daerah Hulu Langat, kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga orang ramai. Sehubungan dengan itu, program ini sememangnya memberi impak positif dengan meningkatkan tahap kesedaran disamping merapatkan hubungan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.



                                     

5. Cadangan Program

Memandangkan KKM telah mengambil langkah yang bijak dalam memperkasakan konsep 1 Malaysia melalui bidang kesihatan dan perubatan, lebih banyak inisiatif boleh dijalankan bagi mencapai matlamat peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pelaksanaan Hari Tanpa Gula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Sehingga tempoh ini sudah kerap agensi-agensi kesihatan mengadakan kempen kesedaran dan mengajak orang awam untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman, namun perkara ini tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya sehingga dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Gula merupakan pemanis makanan dan pengunaan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik kepada tubuh badan seperti penyakit darah tinggi, diabetes, serta memberi masalah kepada organ-organ jantung,ginjal dan pankreas. Penggunaan gula boleh digantikan dengan pemanis artificial. Program ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak sehingga golongan dewasa terutamanya ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak.

Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti pesta jualan makanan kurang atau tanpa gula, pameran-pameran tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan serta ceramah kesedaran di sekolah-sekolah oleh pegawai kesihatan. Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan malah dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.



                                     

6. Pautan luar

  • Saluran Kementerian Kesihatan Malaysia di YouTube
  • Kementerian Kesihatan Malaysia di Twitter
  • Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook
  • Tapak web rasmi
  • Kementerian Kesihatan Malaysia di Instagram
                                     
  • Datuk Aaron Ago Dagang Individu berikut telah dilantik memegang portfolio kesihatan atau mana - mana gelaran terdahulu: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penjagaan kesihatan di Malaysia di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia umumnya mempunyai sistem kesihatan yang cekap, operasi dua peringkat
  • berkaitan kesihatan dan pengerusinya, Kementerian Kesihatan Malaysia Pandemik COVID - 19 di Malaysia Pertubuhan Kesihatan Sedunia Kabinet Malaysia Jadual Kesembilan
  • Kementerian Pendidikan Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan
  • Januari 2005 Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengizinkan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tulisan Jawi: كمنترين وانيتا دان كلوارڬ singkatan: KWK adalah sebuah kementerian yang ditubuhkan
  • Ehsan Tel.: 03 - 31871333 Faks: 03 - 31818834 Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia Laman Kementerian Kesihatan Laman Jabatan Kesihatan Selangor.
  • mereka menamatkan sekolah menengah. Penjagaan kesihatan di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia World health organisation. Dicapai pada 15
  • Jabatan Perdana Menteri Kementerian Industri Utama telah dinamakan semula sebagai Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi. Kementerian Pembangunan
  • membidangi urusan kesihatan Kementerian Kesehatan berada di bawah kelolaan serta bertanggungjawab kepada Presiden Republik Indonesia. Kementerian ini dipimpin
  • Kementerian Sumber Manusia Tulisan Jawi: كمنترين سومبر مأنسي ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja
  • beberapa kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya 1946 - 1951 Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial 1952 - 1955 Kementerian Kesihatan dan