ⓘ Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Mala ..

                                     

ⓘ Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini ialah Yang Berhormat Dato Sri Nancy binti Shukri.

                                     

1. Sejarah

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan.

Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan diberi pemerhatian khususnya untuk perpaduan setelah mengalami pengalaman pahit peristiwa 13 Mei 1969 dan ekoran penggubalan Dasar Kebudayaan pada tahun 1971,maka pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada 20 Mei 1987, komponen kebudayaan dipisahkan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan pula dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia. Seterusnya sebuah Kementerian baru diwujudkan bergelar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Lima tahun kemudian pada 22 Oktober 1992 struktur Kementerian ini diperkemaskan lagi dan diberi nama baru Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Ekoran dari penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004, kedua-dua komponen utama iaitu kebudayaan dan pelancongan telah dipisahkan dan diletakkan di bawah Kementerian berasingan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Bermula dari penyusunan semula Kabinet pada 18 Mac 2008, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri JPM telah diserap ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan KEKKWA dan kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Sebelum ini Kementerian ini hanyalah salah satu cabang daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menjadikannya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Namun semenjak Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib mengambil alih, ia dijadikan satu kementerian yang khusus iaitu Kementerian Pelancongan. Sebelum ini tugas ini digalas oleh Dato Seri Ng Yen dan Dato Seri Azalina Othman Said. Selepas pengumuman Kabinet Menteri 2013-2018 oleh Dato Seri Najib, kementerian ini kembali digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

                                     

2. Jabatan/Agensi

  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN
  • Pusat Pelancongan Islam
  • Istana Budaya IB
  • Jabatan Muzium Malaysia JMM
  • Arkib Negara Malaysia
  • Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara LPSVN
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA
  • Tourism Malaysia
  • Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia
  • Perpustakaan Negara Malaysia PNM
  • Jabatan Warisan Negara
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
                                     
  • Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan iaitu Kosong Menteri ini mentadbir portfolio melalui Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan
  • Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Tahun 2004
  • kesenian dan portfolio pelancongan Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kebudayaan dan pengerusinya, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
  • Khas dan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dinamakan semula kepada Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan
  • ialah Tourism Malaysia atau Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia MTPB Pada 20 Mei 1987, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan MOCAT telah
  • Malaysia Kementerian Pelancongan Malaysia Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan
  • apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama
  • AKADEMI SENI KEBANGSAAN ASK yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai
  • Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Kabinet Malaysia Kabinet Malaysia 2020 Perdana
  • Budaya Malaysia menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu dan mengintegrasikan