ⓘ Distimia atau gangguan distimik ialah suatu keadaan kronik yang ditandai dengan gejala kemurungan yang berlaku hampir sepanjang hari, lebih banyak hari berbandi ..

                                     

ⓘ Distimia

Distimia atau gangguan distimik ialah suatu keadaan kronik yang ditandai dengan gejala kemurungan yang berlaku hampir sepanjang hari, lebih banyak hari berbanding tidak, sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Pada kanak-kanak, suasana hati mungkin mudah tersinggung berbanding kemurungan, dengan tempoh minimum yang diperlukan hanya 1 tahun. Selama tempoh 2 tahun, selang bebas gejala tidak bertahan lebih lama dari 2 bulan. Gejala kemurungan dari gangguan ini bukan kerana keadaan perubatan, ubat, ubat haram, atau gangguan psikotik. Dalam 2 tahun pertama dari gangguan ini, jika gejala kemurungan semakin intensif sehingga memenuhi kriteria untuk episod kemurungan mejar, maka diagnosis berubah menjadi kemurungan mejar. Distimia disebut juga kemurungan neurotik.

Rawatan dilakukan sama halnya dengan bentuk kemurungan lainnya, iaitu dengan cara terapi. Terapi untuk rawatan distimia yang digunakan dalam perubatan disebut dengan Selective Serotonin Reuptake Inhibitors SSRIs seperti fluoxetine Prozac lebih sering digunakan. Terapi digunakan kaedah cognitive-behavioral therapy CBT dan interpersonal therapy digunakan secara beriringan dengan rawatan perubatan. Beberapa jenis ubat anti kemurungan antidepressant mempunyai kesan samping seperti penurunan ghairah seksual, insomnia, atau gangguan pada perut.